Adakah selamat benarkan ‘dine-in’ , tanya pemilik restoran

Adakah selamat benarkan ‘dine-in’ semula, tanya pemilik restoran

Persatuan restoran mempersoalkan sama ada selamat untuk kedai makan dibuka semula bagi perkhidmatan makan di dalam premis memandangkan rekod tinggi kes harian dan kematian akibat Covid-19.

J Suresh, presiden Persatuan Pemilik Restoran India Malaysia, percaya sekarang bukan masanya untuk berbuat demikian, walaupun sesetengah pemilik mengalu-alukan kelonggaran yang akan dikuatkuasakan mulai Selasa ini.



“Kita meminta untuk membuka semula apabila jumlah kes masih sekitar 3,000 hingga 4,000 kes. Kini, apabila lebih 20,000 kes baharu dilaporkan dalam beberapa hari, akhirnya mereka membenarkan kami dibuka untuk dine-in?” katanya kepada FMT.

Beliau menyuarakan kebimbangannya berhubung pembukaan semula kedai makan, memandangkan jumlah kes dan kematian yang tinggi, walaupun lebih ramai orang sudah divaksin.

“Saya serahkan kepada restoran masing-masing untuk menentukan sama ada mereka rasa selamat untuk dibuka semula, ia terpulang kepada mereka.”

Terdahulu, kerajaan hari ini mengumumkan perjalanan rentas daerah dan makan di dalam restoran dibenarkan semula bagi penerima vaksin penuh di negeri Fasa 2 mulai Selasa ini.



Bagaimanapun, Suresh berkata, restoran yang memilih untuk membuka semula mungkin bergelut berbuat demikian kerana kekurangan pekerja. Sekatan pergerakan selama berbulan-bulan menyebabkan perniagaan di tahap rendah dan banyak restoran kehilangan pekerja asing yang pernah diupah.

“Selepas pekerja asing pulang ke negara asal, kita tidak boleh mengambil mereka semula. Jadi, restoran yang mahu memulakan semula perniagaan kini menghadapi masalah tiada tenaga kerja. Ini meliputi kakitangan dapur, pelayan, bahkan pekerja di pintu yang sepatutnya memeriksa status vaksinasi. Banyak perniagaan tidak lagi mempunyai kakitangan.”

Wong Teu Hoon, presiden Persatuan Am Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura, menjangkakan perniagaan yang dibuka semula akan bergelut meraih keuntungan kerana perniagaan “dine-in” mungkin tidak dapat mengimbangi batasan kapasiti dan kos tambahan sanitasi secara tetap serta kakitangan untuk memeriksa status vaksinasi.

“Tetapi, paling membimbangkan saya ialah keadaan kesihatan semasa yang tidak kelihatan positif. Terdapat risiko tinggi untuk pelanggan kami makan di dalam premis.



“Walaupun kami berharap dapat membuka untuk makan di premis dalam masa terdekat, ia hanya boleh dilaksanakan sebaik sahaja pandemik terkawal.” FMT

Adakah selamat benarkan ‘dine-in’ semula, tanya pemilik restoran


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker