Maut ketika petik kelapa, terpaksa diturunkan Bomba

Maut ketika petik kelapa, terpaksa diturunkan Bomba

Seorang lelaki ditemui maut di atas pokok kelapa ketika memetik buah di Titi Tinggi, Padang Besar, Perlis, semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Saifuddin Aslin Abbas berkata, kejadian berlaku sekitar 5.23 petang Sabtu di Kampung Baru Batu 18, apabila mangsa berusia 40 tahun itu pengsan di atas pokok kelapa.



“Kita menerima maklumat berhubung mangsa yang pengsan di atas pokok kelapa ketika mengambil buah kelapa muda.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Padang Besar dipanggil untuk membantu menurunkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa dibawa turun anggota bomba sekitar 6.30 petang, sebelum disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik dari Klinik Kesihatan Padang Besar.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk proses bedah siasat dan disahkan kematiannya disebabkan serangan jantung.



“Hasil siasatan polis mendapati mangsa bekerja mengambil upah memanjat pokok kelapa untuk mengambil buah kelapa muda.

“Tiada sebarang unsur jenayah dalam insiden itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Maut ketika petik kelapa, terpaksa diturunkan Bomba




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker