Nazri melampau maki Najib, bodek Muhyiddin

Sebaran :

Nazri melampau maki Najib, bodek Muhyiddin

Nazri melampau, nak ampu Muhyiddin, tergamak maki Najib, kata Puad

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi membidas tindakan Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz yang menggunakan ayat lucah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak.

Beliau mempersoalkan tindakan Nazri itu hanya semata-mata untuk menunjukkan sokongan terhadap Muhyiddin.

“Menyinga betul Nazri pada Najib Razak. Tergamak dia maki Najib dengan ayat lucah tersebut. Kenapa hilang akal bila nak tunjuk sokong perdana menteri.

“Kalau iya pun mahu pusing 360 darjah dan mengampu Muhyiddin janganlah sampai keluar kata kata lucah seperti itu. Melampau,” katanya di Facebook.

Semalam, Nazri dipetik The Vibes sebagai berkata: “Tolong hantar mesej saya kepada Najib. 40 Ahli Parlimen yang bertemu hari itu, kami berbincang dan bersetuju, kami tidak kisah menyokong PN, walaupun tidak menyokong Muhyiddin.”

Nazri dipetik portal itu menggunakan perkataan “you bloody liars” dan merujuk Najib sebagai “that b******”, dengan berkata Najib bersuara dalam pertemuan itu, begitu juga Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan yang juga Setiausaha Agung Umno.

Dalam pada itu, Puad berkata kehadiran Nazri sebenarnya bukanlah untuk menambah sokongan, sebaliknya menyifatkan bekas menteri itu sebagai “liability” sepanjang zaman.

Puad berkata Nazri seeloknya berehat sahaja di luar negara berikutan pengiraan sokongan Ahli Parlimen Umno terhadap Muhyiddin juga tidak betul.

“Dari segi matematik, angka 31 itu pun tidak tepat. 15 ahli Umno tarik sokongan. Maka 42-15= 27. Kalau tolak empat Ahli Parlimen parti komponen, ahli Umno yang sokong perdana menteri hanya 23 sahaja.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Elok Nazri terus berehat di luar negara. Tetapi beritahu isteri, jangan tayang gambar seronok di luar negara dalam Instagram. Rakyat dalam negara tengah susah,” katanya.

Umno baru-baru ini menarik balik sokongan kepada kerajaan PN dan mengulangi gesaan untuk Muhyiddin berundur selepas beliau dikatakan hilang sokongan majoriti.

Muhyiddin bagaimanapun bertegas beliau masih mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat. FMT

Nazri melampau maki Najib, bodek Muhyiddin

Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib


Sebaran :

Leave a Reply