Tahniah Azizulhasni Dapat Perak Dan Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga! [VIDEO]

Tahniah Azizulhasni Dapat Perak Dan Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga!

JIKA bukan kerana strategi lain macam serta stamina luar biasa pelumba Britain, Jason Kenny yang tiba-tiba memecut awal sebelum pusingan terakhir, tidak mustahil pingat emas boleh menjadi milik pelumba sensasi negara, Datuk Azizulhasni Awang yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam aksi final keirin temasya Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Sudah memberikan yang terbaik, pujian wajar diberikan buat The Rocket Pocket Man yang berjaya memperbaiki kedudukan podium selepas meraih pingat gangsa acara sama pada edisi Rio Brazil 2016.

Pingat gangsa pula menjadi milik pelumba Belanda, Harrie Lavreysen yang dipintas saat-saat akhir oleh Azizulhasni.

Kekecewaan jelas terpancar di riak wajah Azizulhasni kerana beliau merupakan prospek terakhir kontinjen negara untuk memenangi pingat emas pada kali ini.

“Saya tinggalkan keluarga…tinggalkan emak saya. Dapat tahu ayah dapat strok di kampung. Ia bukan sesuatu yang mudah buat saya.

“Anak-anak pun hubungi saya tanya bila nak balik… saya harap semua orang di Malaysia tidak kecewa dengan saya hari ini,” kata Azizulhasni ketika ditemu bual Astro Arena sebentar tadi.

Pada masa sama, Azizulhasni juga terharu apabila baru saja mengetahui isterinya, Datin Athiah Illyana Abd Samat kini hamil anak ketiga sebaik dikalungkan pingat perak sebentar tadi.

Tahniah Jijoe! Biarpun tiada lagu Negaraku berkumandang di bumi Tokyo, anda tetap kebanggaan rakyat Malaysia apabila memastikan Jalur Gemilang berkibar di Velodrom Izu.-mSTAR

Tahniah Azizulhasni Dapat Perak Dan Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga!


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kontena mayat cukup, nak masuk beri nama [VIDEO]

6 anggota polis antara ditahan di pusat hiburan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker