‘Itulah Nazri, flip flop’ – Ahmad Jazlan

Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menyifatkan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai flip flop atau tidak tetap pendirian dalam membuat keputusan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas temu ramah Nazri di sebuah portal yang memarahi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan makian yang melampau dan tiada adab.

“Saya tiada masalah pun kalau dia nak sokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri kembali walaupun dia bersungguh-sungguh menentang Tan Sri Muhyiddin Yassin dulu bersama saya.

“Itulah Nazri. Flip Flop. Dia boleh menyokong sesiapa sahaja dan boleh berubah menjadi lawan dengan sekelip mata.

“Apa yang saya faham, kemarahan Nazri ini apabila Najib menarik sokongan kepada PN bersama rakan lain pada 3 Ogos,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau pada Ahad.

Ahmad Jazlan berkata, merujuk dakwaan Nazri pada perbincangan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pada 29 Julai lalu, mereka bersetuju memberi sokongan kepada PN tetapi menarik sokongan kepada Perdana Menteri.

Beliau menambah, ia berikutan kandungan surat Istana Negara yang murka dengan tindakan kerajaan tidak mengendahkan titah Yang di-Pertuan Agong untuk Ordinan Darurat dibahaskan sebelum ditolak.

“Namun pada 30 Julai, apabila tersebarnya warkah sulit yang ditandatangani sendiri Tuanku menjawab surat Perdana Menteri, barulah kita semua dapat tahu cerita sebenar di sebalik kemelut kerajaan dan Istana Negara.

“Terbukti banyak penipuan kerajaan terbongkar dan dihebahkan kepada umum dengan naratif yang jauh berbeza,” katanya.

Jelasnya, UMNO muktamad untuk menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Muhyiddin kerana tidak mahu bersekongkol dengan individu yang tidak menghormati raja.

“Nasihat saya kepada Perdana Menteri, hati-hatilah dengan Nazri ini. Kalau Najib ketika menjadi Perdana Menteri yang banyak berjasa kepada Nazri pun boleh dihina dan dicaci, besar sangatkah jasa Muhyiddin untuk mengawal Nazri daripada berubah arah dan menikam belakangnya kembali?,” soalnya.

‘Itulah Nazri, flip flop’ – Ahmad Jazlan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Terdesak Kekalkan Kuasa, Sentimen Propaganda Direka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker