Murshidul Am PAS yakin Muafakat Nasional mampu diselamatkan

Murshidul Am PAS yakin Muafakat Nasional mampu diselamatkan. Pas percaya kerjasamanya dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) mampu diselamatkan demi kepentingan ummah meskipun tindakan UMNO menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikanan Nasional (PN) merumitkan hubungan itu.

Malah, mesyuarat atau muzakarah Majlis Syura bersama Jawatankuasa Pas Rabu lalu memutuskan bahawa parti itu akan bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, ke arah itu, Pas tidak berputus asa mengadakan pertemuan, memberi penjelasan dan pemahaman ke arah menyatupadukan parti-parti politik Melayu Islam tersebut.



Pada masa ini, katanya, UMNO dilihat berpecah dua dengan ada antaranya bersama Presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan sesetengahnya pula bersama untuk mempertahan penyatuan ummah berkenaan.

“Pas tidak putus harapan dalam soal menyelamatkan penyatuan ummah ini dan peluang untuk MN diselamatkan masih ada.

“Kita hendak selamatkan MN dan dalam masa sama tidak meruntuhkan PN. Kalau boleh kita bersama-sama MN dan PN bagi mengukuhkan penyatuan ummah dan itu yang sentiasa menjadi pendirian Pas,” katanya semalam.

Pas turut menyifatkan tindakan UMNO yang menarik sokongan terhadap kerajaan PN tidak selari dengan semangat penyatuan ummah seperti yang termaktub dalam Piagam MN.



Dalam masa sama, Pas turut melahirkan rasa dukacita dengan langkah Ahmad Zahid yang bertindak mengarahkan ahli Parlimen parti itu menarik diri daripada Kerajaan PN.

Sementara itu, Hashim berkata, perpecahan hanya memberi ruang dan peluang kepada pihak musuh mengambil kesempatan seterusnya boleh menggugat usaha ke arah penyatuan ummah ini.

“Insya-Allah sebarang perbezaan pandangan itu khususnya antaranya UMNO dan Bersatu boleh diselesaikan dan Pas akan menjadi orang tengah antara kedua-dua parti ini.

“Kerjasama tiga parti ini adalah gabungan cukup mantap bukan sahaja dalam menghadapi PRU-15 sebaliknya demi penyatuan ummah di negara ini,” katanya



Murshidul Am PAS yakin Muafakat Nasional mampu diselamatkan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Majoriti Muhyiddin semakin tidak meyakinkan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker