Manila kembali ‘lockdown’

Sebaran :

Ibu negara Filipina dan beberapa daerah berdekatan kembali menguatkuasakan ‘lockdown’ dalam usaha untuk membendung penyebaran varian Delta.

Perintah itu diumumkan hanya beberapa jam selepas orang ramai berebut mendapatkan vaksin di beberapa tempat vaksinasi COVID-19 sehingga menimbulkan kebimbangan.

Sekatan pergerakan dilaksanakan semula selepas tengah malam (16:00 GMT) di Manila pada hari ini, merangkumi 16 bandar dengan penduduk 13 juta orang.

Daerah Laguna yang berdekatan, dengan populasi 3.3 juta, serta bandar Iloilo dan Cagayan de Oro di Filipina tengah dan selatan, juga termasuk dalam perintah itu, menurut jurucakap presiden, Harry Roque.

Manakala Cavite dan Rizal, daerah bersebelahan Manila yang mempunyai jumlah penduduk sekitar 7.6 juta, juga ditempatkan dalam sekatan yang kurang ketat. 

Dilaporkan kemungkinan penduduk yang tinggal di dua wilayah di ibu negara bakal terjejas dengan perkembangan terkini di Manila.

Semalam, ribuan rakyat menyerbu beberapa pusat vaksinasi di Manila dan wilayah-wilayah berdekatan, menyebabkan keadaan kelam kabut.

Orang ramai dilaporkan bergegas ke pusat setelah tular laporan bahawa kerajaan tidak akan menghulurkan bantuan kewangan kepada individu yang tidak divaksinasi.  

Jurucakap kerajaan kemudian memaklumkan bahawa laporan itu palsu dan mengancam akan mendakwa individu yang menyebarkan maklumat tersebut.

Minggu lalu, Presiden Rodrigo Duterte sendiri mengatakan dalam ucapannya di televisyen bahawa individu yang tidak divaksin perlu dilarang daripada meninggalkan rumah mereka.  

Beliau juga mengancam individu yang tidak divaksinasi dengan hukuman penjara. – Agensi

Manila kembali ‘lockdown’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Keputusan JJPM untuk batal keabsahan MKT UMNO – Najib


Sebaran :

Leave a Reply