Yang sokong, yang ‘misteri’ dan yang ‘serabut’ telah terjawab

Yang sokong, yang ‘misteri’ dan yang ‘serabut’. Sidang media Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pagi tadi akhirnya merungkai teka-teki mengenai jumlah sebenar ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang kini masih kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam sidang media tersebut, Ismail Sabri mendedahkan 31 orang ahli Parlimen UMNO dan BN masih kekal bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan PN.

Malah, tanpa berselindung lagi, 17 ahli Parlimen UMNO dan BN bukan sahaja berdiri bersama-sama Ismail Sabri di atas pentas di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, malah tampil berucap menyatakan pendirian mereka.



Jika sebelum ini antara pemimpin yang berani bersuara di depan umum cuma Ismail Sabri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Mohd Nazri Aziz, namun pagi tadi Ahli Parlimen Bera berjaya meyakinkan 17 orang ahli Parlimen untuk tampil bersamanya.

Dalam sidang media itu, Ismail Sabri juga menyebut satu demi satu ahli Parlimen yang menyokongnya iaitu.

1. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera)

2. Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap)



3. Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Arau)

4. Datuk Seri Idris Jusoh (Besut)

5. Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak)

6. Datuk Seri Hasan Arifin (Rompin)



7. Tan Sri Annuar Musa (Ketereh)

8. Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi)

9. Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Kuala Krau)

10. Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Lipis)



11. Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (Maran)

12. Mohd Shahar Abdullah (Payar Besar)

13. Datuk Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar)

14. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas)



15. Datuk Seri Jalaluddin Alias (Jelebu)

16. Datuk Salim Sharif (Jempol)

17. Datuk Seri Wee Ka Siong (Ayer Hitam)

18. Datuk Seri M Saravanan (Tapah)



19. Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang)

20. Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling)

Nazri mahu Zahid dikenakan tindakan disiplin dan letak jawatan

21. Datuk Seri Ahmad Hamzah (Jasin)

Sementara itu, 10 lagi Ahli Parlimen yang tidak hadir tetapi bersetuju secara lisan kerana belum menandatangani pendirian berkenaan.

22. Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau)

23. Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara)

24. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas)

25. Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong)

26. Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan)

27. Datuk Mohamad Alamin (Kimanis)

28. Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar)

29. Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit)

30. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya)

31. Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (Tanjung Piai)

Bagaimanapun, timbul beberapa persoalan awal daripada senarai nama 31 ahli Parlimen itu.

Antaranya mengenai nama ahli Parlimen yang sudah menandatangani surat akuan menyokong PN iaitu Noh dan Abdul Azeez. Ini kerana kedua-dua pemimpin itu antara yang turut berdiri di belakang Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi pada sidang media Presiden pada Selasa lalu.

Tidak ketinggalan, nama Mohd Nizar yang juga Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara seolah-olah berada dalam kedua-dua senarai baik di kem Zahid dan kem Ismail Sabri.

Walaupun ada yang mendakwa kemungkinan ada pemimpin yang cuba bermain jalan selamat, paling menjadi tanda tanya ketika ini ialah nama-nama heavyweight seperti Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Ini kerana nama kedua-dua pemimpin tersebut tidak tersenarai dalam mana-mana kem.

Berdasarkan kenyataan Ismail Sabri pada sidang media pagi tadi, Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, ada mengadu dan memaklumkan fikirannya berkecamuk dan kusut memikirkan perkara itu.

“Noraini tutup telefon. Dia pun serabut, pening kepala. Dia ada mengadu pada saya semalam.

“(Ahli Parlimen Kinabatangan) Datuk Seri Bung Moktar Radin pula dah balik Sabah dan tidak dapat dihubungi. Kita akan terus menghubungi mereka,” kata Ismail Sabri pada Jumaat.

Dalam pada itu, menyedari nama beliau dalam dua kem, Noh sebentar tadi membuat sidang media khas memaklumkan pendirian beliau.

“Saya cuma tandatangan kehadiran bukan sokogan kepada Muhyiddin. Pendirian saya jelas, saya bersetuju dan akur dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk tarik sokongan kepada Muhyiddin.

“Tapi saya mengakui kerajaan Muhyidin masih sah sehinggalah keabsahannya diputuskan di Parlimen pada September ini. Sehinggalah Parlimen bersidang, kalau ada titah Agong saya akan akur,” katanya.

Berdasarkan sidang media Noh tersebut, misteri sokongan Noh sudah terjawab, Azeez telah menafikan malah Noraini juga telah meletakkan jawatan kem Ismail Sabri mungkin sudah kekurangan beberapa orang lagi ahli Parlimen.

Yang sokong, yang ‘misteri’ dan yang ‘serabut’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jajaran baharu UMNO-PH persetujuan bersama Anwar Zahid selamatkan negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker