Keputusan JPPM untuk batal keabsahan MKT UMNO – Najib

Sebaran :

Keputusan JPPM untuk batal keabsahan MKT UMNO – Najib

Tangguh pemilihan Umno diisytihar tidak sah untuk batal keabsahan MKT

Najib Razak berkata tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengisytiharkan penangguhan pemilihan Umno sebagai tidak sah diatur oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk “membatalkan keabsahan Majlis Kerja Tertinggi” parti itu.

Beliau berkata keputusan MKT menarik balik sokongan kepada Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN, mengundang tindakan JPPM membatalkan keputusan MKT menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan kerana pandemik Covid-19.

“Maka hari ini, kerajaan PN pun batalkan keabsahan MKT Umno. Dikatakan sudah tamat pada 30 Jun 2021. Pihak lain buat yang sama tak apa pula,” kata Najib ringkas dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Ahli Parlimen Pekan itu turut mengepil paparan berita keputusan PAS menangguhkan pemilihan parti itu sehingga pilihan raya umum ke-15 selesai, tanpa sebarang tindakan JPPM.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Hari ini, JPPM mengambil pendirian penangguhan pemilihan MKT, bahagian dan cawangan Umno selama 18 bulan adalah tidak sah, setelah dilaporkan memberi persetujuannya bulan lalu.

Ketua Pengarah JPPM, Jasri Kasim berkata, tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018-2021 tamat pada 30 Jun lalu.

“Oleh itu, keputusan MKT Umno untuk menangguhkan pemilihan jawatan di semua peringkat selama 28 bulan pada 7 Julai 2021 adalah tidak sah,” katanya menerusi surat yang dikeluarkan hari ini.

Ahli MKT Razlan Rafii mempersoalkan kenapa JPPM mengambil pendirian berbeza hari ini setelah memberikan kelulusan kepada Umno menangguhkan pemilihan sehingga 18 bulan.

“Adakah berlaku campur tangan politik yang tiba-tiba menyebabkan penangguhan itu dianggap tidak sah?” soal beliau. FMT

Keputusan JPPM untuk batal keabsahan MKT UMNO – Najib

Puad hentam Nazri, jangan hipokrit sangat


Sebaran :

Leave a Reply