Di mana PN nak dapat 9 ahli Parlimen untuk majoriti?

Di mana PN nak dapat 9 ahli Parlimen untuk majoriti? Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kekal menyokong Perikatan Nasional (PN) menimbulkan persoalan bagaimana kerajaan hendak mencari sembilan lagi kerusi untuk membentuk majoriti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, berdasarkan jawapan diberi Ismail Sabri, jelas PN kini hanya mempunyai 103 kerusi Parlimen setelah ditolak 11 Ahli Parlimen dari UMNO yang menolak kerajaan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih awal.

“Matematik mudah, disebut 31 sokong Perdana Menteri daripada 42 (Ahli Parlimen BN), maka 42-31=11 tak sokong yang sebenarnya lebih (ramai tidak menyokong). Kerajaan sebelum ini ada 114, tolak 11 tinggal 103.

“Ahli Parlimen ada 222, meninggal dunia dua tinggal 220. Majoriti perlu 110+1=111. 103 tentulah bukan lebih daripada 111 dan rumusannya (jumlah itu) bukan majoriti.

“Untuk membentuk kerajaan, sesebuah parti atau gabungan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 112 ahli Parlimen yang menyokong PN, tetapi dari mana PN hendak mendapatkan sembilan lagi ahli Parlimen bagi mencukupkan kuota itu,” katanya selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna Benut hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sidang akhbar khas Naib Presiden UMNO itu yang memaklumkan 31 ahli Parlimen UMNO dan BN menyokong kerajaan PN. Dalam sidang akhbar itu, hanya 21 yang hadir manakala 10 tidak hadir namun didakwa memberi sokongan kepada PN.

Noraini sah letak jawatan

Rabu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memutuskan UMNO menarik sokongan kepada PN dan Muhyiddin dengan ketika itu dikatakan terdapat 11 ahli Parlimen UMNO memutuskan berbuat demikian.

Justeru kata Ahmad, kerajaan PN sebenarnya sudah tiada majoriti dan sewajarnya Perdana Menteri sedar perkara itu dan tidak lagi berselindung di sebalik tembok Parlimen.

“Oleh itu, permintaan supaya diadakan persidangan bagi menentukan keabsahan Perdana Menteri lebih awal bukan pada September ada kebenarannya,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya kemungkinan perkara akan berlaku dalam tempoh sebulan ini sebelum persidangan Parlimen diadakan semula, beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian hanya melahirkan kebimbangan.

“Kita tidak menolak persidangan Parlimen tersebut tetapi mengapa diadakan pada September, kenapa tidak diadakan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah yang timbul ini,” katanya.

Di mana PN nak dapat 9 ahli Parlimen untuk majoriti?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Noh, Azeez tak sokong Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker