Thailand hentikan pengeluaran permit senjata api baharu serta-merta

Thailand hentikan pengeluaran permit senjata api baharu serta-merta
POLIS berkumpul di luar rumah di mana seorang suspek remaja disyaki membunuh datuk dan neneknya sebelum melepaskan tembakan di sebuah sekolah di wilayah Nonthaburi, Thailand. pada 7 Ogos 2026. – AFP

BANGKOK – Kerajaan Thailand akan menghentikan serta-merta pengeluaran permit senjata api baharu selepas insiden tembakan minggu lalu yang menyaksikan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun membunuh lapan orang sebelum menembak matinya sendiri, lapor stesen berita BBC.

Pemilik senjata api sedia ada dilarang daripada membawa senjata mereka di tempat awam.

Negara Asia Tenggara ini mempunyai salah satu kadar pemilikan senjata api awam tertinggi di rantau ini, dengan sekitar 10.3 juta senjata api berada dalam pegangan orang awam, serta kadar jenayah senjata api yang tinggi.

Sebagai maklum balas terhadap insiden tembakan baru-baru ini, Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul telah berjanji untuk meluluskan undang-undang kawalan senjata api baharu yang ketat dengan hukuman yang berat, sambil menggantung permit baharu buat sementara waktu.

Kerajaan juga sedang mempertimbangkan langkah-langkah untuk memujuk pemilik senjata api tanpa lesen yang dianggarkan sekitar empat juta agar menyerahkan senjata tersebut susulan insiden tembakan di sekolah itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Khaled Nordin Turun Padang, Santuni Masyarakat Sempena Bulan Kemerdekaan


Anutin berkata. langkah-langkah yang diumumkan akan kekal dilaksanakan sementara kerajaan berusaha meluluskan undang-undang kawalan senjata api baharu, dengan kawalan yang lebih ketat dan hukuman yang jauh lebih berat.

Mereka yang menyokong kawalan senjata api telah menggesa agar penilaian kesihatan mental dijadikan sebahagian daripada proses permohonan permit, dan permit dinilai semula secara berkala. – AGENSI


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat… Perkasa Keperluan Rakyat DUN Rembia

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker