Bukan suami tetapi mertua, ipar teman isteri bersalin

Bukan suami tetapi mertua, ipar teman isteri bersalin
Tangkap layar video menunjukkan seorang wanita ditemani mertua dan ipar semasa bersalin baru-baru ini. – TikTok

JAKARTA – Sebuah bilik persalinan di Indonesia menjadi riuh apabila seorang wanita ditemani beberapa ahli keluarga termasuk ibu mertua dan adik iparnya ketika bersalin, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @adehotimah.dfayu menunjukkan seorang wanita sedang berusaha melahirkan bayi sambil dibantu oleh bidan.

Wanita tersebut bukan bersama si suami, sebaliknya dikelilingi oleh ahli keluarga lain termasuk mertua, menantu hingga ipar yang datang memberikan sokongan.

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.3 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Kalau saya, saya tidak mahu ramai-ramai kerana malu,” kata seorang netizen.

“Saya nak bersalin dengan suami dan bidan sahaja,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat… Perkasa Keperluan Rakyat DUN Rembia

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker