Khaled Nordin Turun Padang, Santuni Masyarakat Sempena Bulan Kemerdekaan

Khaled Nordin Turun Padang, Santuni Masyarakat Sempena Bulan Kemerdekaan

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terus memperkukuh pendekatan turun padang dengan menyantuni masyarakat setempat bagi meninjau perkembangan komuniti di kawasan Parlimen berkenaan.

Sempena sambutan bulan kemerdekaan, beliau memanfaatkan kesempatan tersebut untuk bersama rakyat di kawasan bagi menyemarakkan semangat patriotisme menerusi Program Ambang Bulan Kemerdekaan.

“Kemeriahan program sebegini menjadi cerminan kuatnya semangat komuniti di Kampung Gembut.

“Program Ambang Bulan Kemerdekaan anjuran UMNO Cawangan Gembut Luar, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Gembut dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Gembut telah dilaksanakan bersama YB Muszaide Makmor, ADUN Sedili serta kepimpinan dan penduduk setempat di Bilik Gerakan KRT Kampung Gembut,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Khaled berkata program tersebut bukan sahaja menjadi wadah untuk menyemarakkan semangat patriotisme menjelang sambutan Bulan Kebangsaan, malah memperlihatkan kerjasama erat bersama masyarakat dan pelbagai pihak dalam menjayakan aktiviti kemasyarakatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pasar Sejahtera Rakyat Perak Bantu Ringankan Kos Sara Hidup

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan peruntukan bagi tujuan menaik taraf kemudahan sukan dan infrastruktur komuniti di Kampung Sayang.

“Saya setuju supaya diperuntukkan sebanyak RM80,000 bagi tujuan untuk menaik taraf futsal gelanggang, begitu juga untuk Kampung Sayang akan dibesarkan dewan balai raya sebanyak RM50,000,” ujar beliau.

Sementara itu, menerusi  hantaran berbeza, beliau yang juga Menteri Pertahanan memaklumkan menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), Puan Biruntha Mooruthi bersama delegasi.

Katanya, antara perkara yang dibincangkan ialah memperkukuh transisi kerjaya kedua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  bagi memastikan kemahiran dan kepakaran yang diperoleh sepanjang perkhidmatan dapat dimanfaatkan selepas tamat perkhidmatan.

“Membincangkan perkembangan Veteran MyWira dan usaha memperkukuh transisi kerjaya kedua anggota ATM.

Khaled Nordin Turun Padang, Santuni Masyarakat Sempena Bulan Kemerdekaan

“Antara yang dibincangkan ialah pemetaan kepakaran anggota kepada sektor industri dan laluan pensijilan termasuk SKM, supaya kemahiran sepanjang perkhidmatan dapat dimanfaatkan dalam kerjaya kedua.

“Harapan kita agar anggota yang telah berkhidmat dan berkorban untuk negara mempunyai laluan yang lebih baik untuk membina kehidupan selepas perkhidmatan, serta tidak tercicir atau tertinggal,” ujar beliau. – UMNO Online


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

80 Peratus RUU Akta MARA Baharu Perketat Tadbir Urus MARA

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker