Kita Mahu Pasar Linggi Terus Hidup, Selesa – Mohd Faizal

Kita Mahu Pasar Linggi Terus Hidup, Selesa – Mohd Faizal

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Datuk Mohd Faizal Ramli menegaskan bahawa beliau mahu Pasar Linggi terus hidup, selesa dan menjadi nadi ekonomi masyarakat setempat.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Mohd Faizal memaklumkan beliau telah mengadakan lawatan ke Pasar Linggi untuk meninjau kerja-kerja awal menaik taraf pasar tersebut.

“Pagi ini saya mengadakan lawatan bersama Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) untuk meninjau kerja-kerja awal menaik taraf Pasar Linggi.

“Kita jangkakan kerja-kerja menaik taraf ini akan siap dalam tempoh lapan bulan. Insya-Allah dengan peruntukan hampir RM1 juta yang kita terima ini, kita akan dapat melihat Pasar Linggi berwajah baharu kelak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Exco Kemajuan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Negeri Sembilan turut berkesempatan mengadakan dialog bersama para peniaga Pasar Linggi dan pihak MPPD.

Kita Mahu Pasar Linggi Terus Hidup, Selesa – Mohd Faizal

“Hari ini berkesempatan mengadakan dialog bersama para peniaga Pasar Linggi dan pihak MPPD untuk mendengar sendiri pandangan, aduan dan cadangan berkaitan kemudahan serta keperluan peniaga.

“Insya-Allah, segala perkara yang dibangkitkan akan diberikan perhatian dan dibincangkan bersama pihak berkaitan untuk mencari penyelesaian terbaik, termasuk usaha menambah baik serta menaik taraf kemudahan Pasar Linggi demi keselesaan peniaga dan pengunjung.

“Terima kasih kepada semua peniaga dan pihak MPPD atas kerjasama serta pandangan yang diberikan. Kita mahu Pasar Linggi terus hidup, selesa dan menjadi antara nadi ekonomi masyarakat setempat. Saya dengar, fahami dan usahakan yang terbaik untuk Linggi,” katanya lagi. – UMNO Online

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pasar Sejahtera Rakyat Perak Bantu Ringankan Kos Sara Hidup

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker