Skuad Sayang 3K Perkemas Gerak Kerja Menjelang PAU 2026

KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Skuad Sayang 3K Kebangsaan terus memperkemas gerak kerja serta membuat persediaan awal bagi menghadapi Perhimpunan Agung UMNO Malaysia (PAU) 2026 yang bakal berlangsung bulan hadapan.
Komandan Skuad Sayang 3K Kebangsaan, Hisyam Suhaily Othman berkata, perkara berkenaan dibincangkan dalam Mesyuarat Skuad Sayang 3K Kebangsaan yang dipengerusikannya semalam.
Menurut beliau yang juga Exco Wanita UMNO Malaysia, setiap perancangan perlu disusun dengan teliti bagi memastikan segala amanah dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.
“Setiap perancangan perlu disusun dengan teliti, setiap amanah perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan setiap gerak kerja mesti digerakkan secara bersama.
“Insya-Allah, dengan semangat kebersamaan dan komitmen seluruh warga Skuad Sayang 3K, kita terus melangkah dengan tekad untuk memberikan yang terbaik,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Baiki Sistem, Kukuhkan Tabung Haji – Mohd Isam
- RCI TH: Rekod BNM Jelas, Penerangan Menteri Berbeza – Naim Moktar
Beliau berkata, persediaan awal yang dilaksanakan itu penting bagi memastikan Skuad Sayang 3K Kebangsaan berada pada tahap kesiapsiagaan yang baik dalam menjayakan agenda dan tugasan yang dipertanggungjawabkan sempena PAU 2026.- UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Yang Makan Cili, Memang Akan Rasa Pedas” – Manndzri
- 80 Peratus RUU Akta MARA Baharu Perketat Tadbir Urus MARA
- Biadab Label Bangsa Sebagai ‘Melayu Sakau’ – Sollehin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Belanjawan: Setiap Perancangan, Peruntukan Mesti Sampai Kepada Rakyat – Wan Rosdy
You must be logged in to post a comment.