Belanjawan: Setiap Perancangan, Peruntukan Mesti Sampai Kepada Rakyat – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan bahawa setiap perancangan dan peruntukan yang dirangka akan sampai kepada rakyat di negeri tersebut.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa sesi Pemukiman Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2027 yang melibatkan para pegawai kerajaan telah melabuhkan tirai pada Isnin.

Belanjawan: Setiap Perancangan, Peruntukan Mesti Sampai Kepada Rakyat – Wan Rosdy

“Malam tadi saya menghadiri Majlis Makan Malam dan Perasmian Penutupan Mesyuarat Pemukiman Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2027.

“Alhamdulillah, selesai sudah sesi pemukiman yang menjadi ruang untuk para pegawai kerajaan duduk bersama, berbincang dan melihat semula pelbagai perkara berkaitan pembangunan negeri, ekonomi, pendidikan, kebajikan rakyat serta banyak lagi.

“Bagi saya, perbincangan seperti ini adalah wadah untuk melihat apa yang sudah dicapai, perlu diperbaiki dan boleh dilakukan untuk rakyat dan negeri Pahang,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berharap agar segala perancangan yang memberi manfaat kepada rakyat Negeri Pahang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Belanjawan: Setiap Perancangan, Peruntukan Mesti Sampai Kepada Rakyat – Wan Rosdy

“Apa yang penting, setiap perancangan dan peruntukan yang disediakan mestilah memberi manfaat dan sampai kepada rakyat.

“Mudah-mudahan segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan membawa lebih banyak kebaikan untuk seluruh rakyat Pahang,” katanya lagi. – UMNO Online

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

RCI TH: Ahmad Zahid Seru Cari Kebenaran, Henti Polemik

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker