RCI TH: Rekod BNM Jelas, Penerangan Menteri Berbeza – Naim Moktar

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Mohd Naim Kurniawan Moktar mempersoalkan penjelasan Menteri Agama yang telah mendakwa bahawa Tabung Haji sebelum ini tidak mengendahkan teguran-teguran Bank Negara Malaysia (BNM).
Ini kerana katanya, kenyataan rasmi BNM bertarikh 26 Januari 2016 memberikan gambaran yang jelas berbeza.
“BNM sendiri menyatakan bahawa Tabung Haji telah ‘proactively taken appropriate measures to further strengthen its risk management practices’, bukan sahaja atas inisiatifnya sendiri, malah sebagai tindak balas kepada engagement terdahulu dengan Bank Negara. BNM turut menyatakan bahawa langkah-langkah tersebut akan memperkukuh kedudukan kewangan Tabung Haji yang mampan dan sihat.
“Atas asas apakah Menteri mengatakan Tabung Haji telah mengabaikan teguran-teguran Bank Negara? Jika kenyataan Menteri di dalam Dewan bercanggah dengan rekod rasmi BNM ini, perkara ini bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.
“Sekiranya Menteri tidak dapat membuktikan dakwaannya dan didapati telah dengan sengaja memberikan maklumat yang tidak benar kepada Dewan, dan mencadangkan supaya Menteri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mengelirukan dan menipu Dewan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketik Perbahasan Usul Perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RM1 Juta Telah Disumbangkan Kepada Tabung Kasih Johor-Palestin
- ICQS Serikin Jadi Penanda Aras Perkasa Pengurusan Sempadan Pengkalan Hulu
S. Leza Buktikan Keprihatinan, Terus Dekati Masyarakat Pilah
Mengulas lanjut, Naim yang juga Bendahari Pemuda UMNO Malaysia menegaskan ini bukan soal mempertahankan mana-mana individu atau pengurusan terdahulu, tetapi soal integriti yang perlu dipertahan.
“Jangan kita memberikan gambaran bahawa Tabung Haji langsung tidak mengambil tindakan terhadap teguran Bank Negara sedangkan kenyataan rasmi Bank Negara sendiri menunjukkan sebaliknya,” tegasnya.
Dalam masa sama Naim menjelaskan wang Tabung Haji bukan wang kerajaan dan bukan juga milik mana-mana parti politik, sebaliknya merupakan wang milik pendeposit yang dikumpul sedikit demi sedikit sebagai persiapan menunaikan Rukun Islam kelima.
“Wang Tabung Haji bukan wang kerajaan. Bukan wang mana-mana parti politik. Ia wang pendeposit, wang rakyat yang menyimpan ringgit demi ringgit untuk menunaikan Rukun Islam kelima.
“Sebab itu kalau ada kesalahan, siasat. Kalau ada penyelewengan, ambil tindakan. Tetapi jangan audit separuh jalan. Kerana persoalannya bukan sekadar siapa yang salah sebelum 2018,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Keluarkan Duit Negeri Untuk Bantu Sistem Kesihatan Persekutuan
- UMNO Perkukuh Kesatuan Saf, Bina Keyakinan Rakyat
UMNO Labuan Dekati Gen Z, Perkukuh Agenda Khidmat Untuk Rakyat
Naim turut mempersoalkan apa yang sebenarnya berlaku terhadap aset umat Islam selepas proses penstrukturan Tabung Haji pada 2018, khususnya aset yang dipindahkan kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).
“Saya tuntut demi ketelusan serta akauntabiliti yang menyeluruh buka juga RCI untuk UJSB.
“Apa yang berlaku kepada aset umat Islam selepas 2018? siapa yang menikmati nilai pemulihannya? dan akhirnya siapa yang menanggung bebannya,” ujarnya. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Tak Banyak Alasan’, Teruskan Khidmat Bersama Rakyat – Tengku Adnan
- Mandat Rakyat Bukan Barang Dagangan, Jangan Dipermainkan – Mohd Razlan
- Kerajaan Tempatan Johor Fokus Permudah Urusan, Tingkat Kualiti Hidup Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tabung Haji Bukan Tempat Bermain Kuasa, BN Tuntut Akauntabiliti Tegas – Ir Hasni
You must be logged in to post a comment.