UMNO Labuan Dekati Gen Z, Perkukuh Agenda Khidmat Untuk Rakyat

LABUAN, 10 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, menegaskan bahawa perjuangan UMNO mesti sentiasa berpaksikan suara, keperluan dan masa depan rakyat, termasuk generasi muda.
Beliau berkata, pendekatan mendengar suara rakyat secara langsung perlu terus diperkasakan bagi memastikan setiap dasar dan usaha yang dibawa benar-benar menyentuh keperluan masyarakat.
Katanya, perkara itu turut menjadi fokus ketika beliau meluangkan masa bersama anak-anak muda Gen Z menerusi Program Demi Masa Depan Rakyat (DMR) di Palm Beach Resort, dalam suasana santai dan terbuka.
“Yang paling penting bagi saya adalah mendengar sendiri suara mereka, masalah yang mereka hadapi, kebimbangan mereka dan keinginan mereka untuk melihat Labuan menjadi sebuah tempat yang lebih baik untuk mereka membina kehidupan dan masa depan,” katanya.
Menurut Mohd Rafi, sebahagian anak muda hari ini berdepan ketidakpastian mengenai masa depan dan memerlukan lebih banyak peluang, ruang untuk berkembang serta sokongan yang berterusan daripada kerajaan dan pemimpin.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semarak Subuh Johor Perkukuh Penghayatan Agama, Satukan Ummah
- 10 ADUN Angkat Sumpah Exco Negeri Sembilan Hari Ini
Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040… Hala Tuju Pembangunan 15 Tahun
Justeru, katanya, UMNO perlu terus berada dekat dengan rakyat, khususnya anak muda, bukan sekadar ketika pilihan raya tetapi melalui usaha berterusan memahami denyut nadi dan aspirasi mereka.
“Kita tidak mahu anak-anak Labuan hanya menjadi penonton kepada pembangunan di negeri sendiri.
“Impian saya adalah untuk melihat lebih ramai anak Labuan duduk di barisan utama sebagai pemimpin, usahawan, profesional dan penggerak yang membawa Labuan ke arah yang lebih baik,” katanya.
Beliau berkata, pembangunan Labuan tidak seharusnya hanya dilihat dari sudut pembangunan fizikal, sebaliknya turut merangkumi usaha membina masa depan generasi muda sebagai modal insan yang akan meneruskan perjuangan dan pembangunan negeri.
“Masa depan Labuan bukan hanya tentang pembangunan fizikal. Masa depan Labuan adalah tentang masa depan anak-anak muda kita,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Pendang Terus Bersama Rakyat, Bukan Bermusim Teruskan Perjuangan
- Kerjasama Bersama KEMAS Perkukuh Agenda Pembangunan Komuniti Putrajaya
- RMMJ Bukan Sekadar Janji, Kerajaan Johor Pastikan Rakyat Terima Kunci Rumah
Reezal Merican Semarakkan Kempen Kibar Jalur Gemilang, Perkukuh Patriotisme
Mohd Rafi turut menghargai keterbukaan anak-anak muda Gen Z yang hadir berkongsi pandangan, masalah serta harapan mereka terhadap masa depan Labuan.

Katanya, suara rakyat akan terus menjadi asas dalam usaha memperkukuh khidmat dan perjuangan UMNO untuk masyarakat.
“Saya dengar. Saya faham dan insya-Allah, kita akan terus berusaha bersama.
“Inilah semangat perjuangan UMNO iaitu sentiasa dekat dengan rakyat, mendengar suara mereka dan berusaha mencari jalan untuk membawa perubahan yang lebih baik demi masa depan rakyat,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa UMNO Labuan akan terus memperkukuh pendekatan turun padang dan mendekati masyarakat bagi memastikan perjuangan parti kekal relevan serta memberi manfaat kepada rakyat. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Biru Warnai Tanah Merah, Semangat Perjuangan UMNO Terus Kukuh
- Fitnah Dakwa Kerajaan Johor ‘Berwayang’ Perlu Diperbetulkan – Onn Hafiz
- AKAR 2026 Terus Santuni Murid, Gilap Kreativiti Generasi Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
21 Kerusi BN Melaka Harus Dipertahankan Atas Amanah – Nurul Amirah
You must be logged in to post a comment.