ICQS Serikin Jadi Penanda Aras Perkasa Pengurusan Sempadan Pengkalan Hulu

ICQS Serikin Jadi Penanda Aras Perkasa Pengurusan Sempadan Pengkalan Hulu

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Serikin dijadikan sebagai penanda aras untuk memperkasakan pengurusan sempadan Pengkalan Hulu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau berpeluang meninjau sendiri perkembangan projek Kompleks ICQS Serikin dan bertukar pandangan tentang pengurusan serta kemudahan-kemudahan di pintu sempadan.

 

“Meneruskan urusan Lawatan Kerja Penanda Aras Pengurusan Sempadan JKKN Perak ke Negeri Sarawak dengan meninjau tapak projek pembangunan Kompleks ICQS Serikin di Bau.

“Sebaik tiba di Kuching, kami disambut oleh YB Datuk Henry Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan (Laut dan Sungai) Sarawak.

“Menerusi kunjungan ini, kita dapat meninjau sendiri perkembangan projek Kompleks ICQS Serikin selain bertukar pandangan tentang pengurusan serta kemudahan-kemudahan di pintu sempadan darat Malaysia-Indonesia,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

21 Kerusi BN Melaka Harus Dipertahankan Atas Amanah – Nurul Amirah


Tambahnya, ICQS Serikin turut dilengkapi dengan kemudahan kuarters yang akan menempatkan para petugas.

ICQS Serikin Jadi Penanda Aras Perkasa Pengurusan Sempadan Pengkalan Hulu

“Kompleks ICQS Serikin dibangunkan dengan kos kira-kira RM43.6 juta dan mula dibina pada 10 Disember 2025, dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2027. ICQS Serikin ini turut dilengkapi dengan kemudahan kuarters yang akan menempatkan para petugas Imigresen dan Kastam serta pelbagai kemudahan lain.

“Saya dan delegasi Perak turut berpeluang meninjau keadaan di sempadan Indonesia di Pos Lintas Batas Negara (PLBN), Jagoi Babang.

“Perkongsian maklumat dalam lawatan kerja ini penting untuk kita memperkukuhkan lagi pengurusan kawasan sempadan khususnya di Pengkalan Hulu dari aspek kemudahan, perkhidmatan dan kelancaran pergerakan orang ramai,” katanya lagi. – UMNO Online

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Labuan Dekati Gen Z, Perkukuh Agenda Khidmat Untuk Rakyat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker