RM1 Juta Telah Disumbangkan Kepada Tabung Kasih Johor-Palestin

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Sebanyak RM1 juta telah disumbangkan kepada Tabung Kasih Johor-Palestin sebagai tanda solidariti dan keprihatinan, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Onn Hafiz memaklumkan bahawa beliau telah berkesempatan untuk bersama-sama lebih 5,000 jemaah dalam Program Semarak Subuh Perdana 2026 di Masjid Sultan Iskandar, pagi tadi.
“Syukur alhamdulillah, saya berkesempatan bersama-sama lebih 5,000 jemaah dalam Program Semarak Subuh Perdana 2026 di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn. Melihat saf-saf dipenuhi jemaah sejak awal pagi benar-benar mencerminkan semangat Bangsa Johor untuk terus mengimarahkan rumah Allah dan memulakan hari dengan sujud kepada-Nya.
“Semarak Subuh Johor adalah usaha untuk membudayakan Solat Subuh berjemaah, mengeratkan ukhuwah dan mendekatkan masyarakat dengan masjid.
“Insya-Allah, kita mahu semangat ini terus subur di seluruh Johor dan menjadi sebahagian daripada kehidupan yang seterusnya membawa keberkatan kepada diri, keluarga dan negeri Johor kita cintai,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Biru Warnai Tanah Merah, Semangat Perjuangan UMNO Terus Kukuh
- Fitnah Dakwa Kerajaan Johor ‘Berwayang’ Perlu Diperbetulkan – Onn Hafiz
- AKAR 2026 Terus Santuni Murid, Gilap Kreativiti Generasi Muda
21 Kerusi BN Melaka Harus Dipertahankan Atas Amanah – Nurul Amirah
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor berkata, Tabung Kasih Johor-Palestin telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM6 juta sejak dilancarkan.
“Melalui program ini juga, sebanyak RM1 juta telah disumbangkan kepada Tabung Kasih Johor-Palestin hasil sumbangan sebelas syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai tanda solidariti serta keprihatinan kita terhadap saudara-saudara di Palestin. Sejak dilancarkan pada Julai 2024, tabung ini telah mengumpul RM6 juta.

“Turut berlangsung penyerahan zakat perniagaan oleh Kedai Emas De Aurora dan Woodfire sebagai tanda tanggungjawab serta keprihatinan kepada masyarakat.
“Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 148: ‘Maka berlumba-lumbalah kamu dalam mengerjakan kebaikan’. Semangat inilah yang ingin kita terus hidupkan dengan memperkukuh nilai agama, membantu mereka memerlukan dan membina masyarakat lebih prihatin serta bersatu.
“Semoga kekuatan agama terus menyatukan kita dan menjadi pedoman dalam membina masa depan Johor. Kita terus melangkah dengan amanah untuk memelihara, membangunkan dan membawa Johor ke arah yang lebih maju serta sejahtera. Insya-Allah,” katanya lagi. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Keluarkan Duit Negeri Untuk Bantu Sistem Kesihatan Persekutuan
- UMNO Perkukuh Kesatuan Saf, Bina Keyakinan Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Labuan Dekati Gen Z, Perkukuh Agenda Khidmat Untuk Rakyat
You must be logged in to post a comment.