Tabung Haji Bukan Tempat Bermain Kuasa, BN Tuntut Akauntabiliti Tegas – Ir Hasni

Tabung Haji Bukan Tempat Bermain Kuasa, BN Tuntut Akauntabiliti Tegas – Ir Hasni

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir Hasni Mohammad menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam pecah amanah, salah guna kuasa atau salah tadbir yang menjejaskan Tabung Haji.

Jelasnya, keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan. Ia juga mesti dilihat sedang dilaksanakan.

“Ia perlu menjadi permulaan kepada pengawasan Parlimen yang berterusan, dwi-partisan dan berasaskan institusi, supaya pelaksanaan semua syor RCI dapat dipantau secara berkala.

“Beriltizam untuk terus mengutamakan amalan terbaik daripada Parlimen-parlimen di seluruh dunia dalam memperkukuh tadbir urus, memperluaskan pengawasan Parlimen terhadap institusi awam, serta membina budaya akauntabiliti yang lebih mantap.

“Pengalaman antarabangsa menunjukkan bahawa institusi yang kukuh tidak hanya bergantung kepada individu, tetapi kepada sistem semak dan imbang yang berfungsi dengan berkesan. Akauntabiliti tidak boleh bersifat bermusim dan ia mesti menjadi budaya,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Labuan Dekati Gen Z, Perkukuh Agenda Khidmat Untuk Rakyat


 

Beliau berkata demikian ketika Perbahasan Usul Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam masa yang sama, kata Hasni, Akta Rahsia Rasmi 1972 tidak seharusnya digunakan secara berlebihan sehingga menyekat penelitian awam yang sah terhadap perkara-perkara berkepentingan nasional.

Tabung Haji Bukan Tempat Bermain Kuasa, BN Tuntut Akauntabiliti Tegas – Ir Hasni

 

“Jika kita benar-benar mahu memulihkan kepercayaan rakyat, maka prinsip yang perlu diamalkan ialah ‘terbuka secara lalai, rahsia hanya sebagai pengecualian.’

“Justeru, saya mencadangkan agar Kerajaan menerima pakai dasar ‘declassification by default’, bagi semua Suruhanjaya Siasatan pada masa hadapan sebaik sahaja prosiding selesai, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu yang benar-benar memerlukan perlindungan menurut undang-undang.

“Penerbitan Laporan RCI Tabung Haji ini mestilah menjadi titik permulaan, bukannya noktah kepada usaha pemulihan kepercayaan,” ujarnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

21 Kerusi BN Melaka Harus Dipertahankan Atas Amanah – Nurul Amirah


Seterusnya kata Hasni, Malaysia tidak boleh lagi mengulangi kitaran yang sama iaitu laporan diterbitkan, rakyat marah, beberapa minggu kemudian isu dilupakan, dan akhirnya institusi kembali kepada amalan lama.

“Kita memerlukan tindakan yang tegas, penguatkuasaan yang berwibawa, pembaharuan institusi yang berkekalan, dan pelaksanaan penuh kesemua syor RCI.

“Kerana akhirnya, apa yang ingin kita pulihkan bukan sekadar kedudukan kewangan Tabung Haji. Bukan sekadar imej sebuah institusi, tetapi kepercayaan jutaan umat Islam Malaysia bahawa amanah mereka akan sentiasa dipelihara dengan penuh integriti, ketelusan dan rasa tanggungjawab,” tegasnya. – UMNO Online

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

S. Leza Buktikan Keprihatinan, Terus Dekati Masyarakat Pilah

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker