Jangan Kelirukan Angka, Nilai TH Perlu Berdasarkan Definisi Dan Tempoh

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Angka berkaitan kedudukan kewangan dan pemulihan Tabung Haji perlu dibaca berdasarkan definisi, tarikh serta kaedah penilaian yang tepat bagi mengelakkan kekeliruan dan pembentukan naratif yang tidak tepat.
Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir, berkata perbahasan mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji tidak seharusnya dibuat dengan mencampurkan angka daripada tempoh dan ukuran kewangan yang berbeza lalu dilabel sebagai satu bentuk defisit.
Menurut beliau, jurang aset, rosot nilai, kerugian pasaran dan penebusan sukuk merupakan ukuran kewangan yang berbeza dan setiap satunya perlu dinilai berdasarkan konteks serta tempoh masing-masing.
“Angka media mesti dibaca mengikut definisi, tarikh dan kaedah penilaian yang tepat.
“Jurang aset, rosot nilai, kerugian pasaran dan penebusan sukuk ialah ukuran yang berbeza. Angka daripada tahun dan ukuran berbeza tidak wajar dijumlahkan sebagai satu defisit,” katanya ketika membahaskan Laporan RCI Tabung Haji di Dewan Rakyat, semalam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Baiki Sistem, Kukuhkan Tabung Haji – Mohd Isam
- RCI TH: Rekod BNM Jelas, Penerangan Menteri Berbeza – Naim Moktar
Suhaimi berkata, pendekatan yang mencampurkan angka daripada tahun berlainan dan menggunakan ukuran kewangan yang berbeza berisiko menghasilkan gambaran yang mengelirukan mengenai kedudukan sebenar Tabung Haji.
Beliau turut menegaskan bahawa angka RM13.2 bilion perlu dijelaskan berdasarkan sifatnya sebagai obligasi penebusan sukuk dan tidak wajar secara terus dilabel sebagai “defisit 2025” tanpa mengambil kira definisi serta konteks kewangan yang berkaitan.
“Dakwaan kerugian akibat propaganda mesti disokong dengan audit, aliran tunai dan rekod transaksi. Kita tidak boleh membuat kesimpulan hanya berdasarkan angka yang dipetik tanpa memahami apa yang sebenarnya diukur,” katanya.
Menurut beliau, perbahasan mengenai Tabung Haji perlu berteraskan fakta dan ketelusan kerana ia membabitkan amanah serta kepentingan jutaan pendeposit.
Katanya, penilaian terhadap Tabung Haji juga perlu melihat keseluruhan tempoh yang berada dalam skop RCI, selain menilai pelaksanaan pelan pemulihan selepas 2018 secara bebas dan berasaskan data yang boleh diaudit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ibnu Rasyeed Teruskan Khidmat Bakti, Hargai Jasa Pejuang UMNO Terdahulu
- RCI: Jangan Jadikan Tabung Haji Mangsa Polemik Politik – Siti Aminah
- UMNO Labuan Perkasa Anak Muda, Peluang Serlah Potensi Masa Depan
RCI Tak Kaitkan Pemimpin BN Dengan ‘Sakau’ TH, Manndzri Tempelak Tuduhan PH
“Tujuan kita bukan mempertahankan mana-mana pihak tanpa proses yang adil. Kita mempertahankan hak pendeposit supaya setiap simpanan diurus dengan amanah dan telus.
“Jangan biarkan perbezaan definisi, tahun dan ukuran kewangan menghasilkan naratif yang mengelirukan rakyat,” katanya.
Tegas Suhaimi lagi, Tabung Haji perlu terus diperkukuh melalui tadbir urus yang baik, akauntabiliti dan pendedahan maklumat yang jelas supaya keyakinan pendeposit terhadap institusi itu terus terpelihara. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Yang Makan Cili, Memang Akan Rasa Pedas” – Manndzri
- 80 Peratus RUU Akta MARA Baharu Perketat Tadbir Urus MARA
- Biadab Label Bangsa Sebagai ‘Melayu Sakau’ – Sollehin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Belanjawan: Setiap Perancangan, Peruntukan Mesti Sampai Kepada Rakyat – Wan Rosdy
You must be logged in to post a comment.