Ibnu Rasyeed Teruskan Khidmat Bakti, Hargai Jasa Pejuang UMNO Terdahulu

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang, Ibnu Rasyeed Mat Isa meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat menerusi pendekatan turun padang.
Beliau menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan kunjungannya menziarahi mantan Ketua UMNO Cawangan Kampung Salak Baru, Basharuddin yang pernah bersama-sama mencurahkan khidmat dan berjuang dalam UMNO Bahagian Bukit Gantang.
“Saya singgah Kampung Salak Baru, ziarah Abang Basharuddin, mantan Ketua UMNO Cawangan Kampung Salak Baru zaman ayah saya, Cikgu Mat Isa jadi Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang dulu.
“Seronok dapat jumpa dan sembang dengan orang lama. Banyak cerita dan kenangan lama dikongsikan, terutama masa Abang Basharuddin sama-sama bantu ayah saya waktu beliau jadi ADUN dan Ketua UMNO Bahagian.
“Saya tak mampu hendak balas satu-satu jasa orang yang pernah bantu ayah dulu. Hanya mampu ucap terima kasih banyak-banyak sebab pernah berjuang untuk parti dan sampai hari ni masih setia dengan UMNO,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RM1 Juta Telah Disumbangkan Kepada Tabung Kasih Johor-Palestin
- ICQS Serikin Jadi Penanda Aras Perkasa Pengurusan Sempadan Pengkalan Hulu
S. Leza Buktikan Keprihatinan, Terus Dekati Masyarakat Pilah
Sementara itu, beliau bersama guru-guru KEMAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Trong turut mengadakan kunjungan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tat Beng bagi membincangkan persiapan berkaitan penganjuran program yang akan berlangsung di sekolah berkenaan.

Menurut beliau, kunjungan berkenaan penting bagi memastikan segala persiapan dapat dilaksanakan dengan baik menerusi kerjasama semua pihak yang terlibat.
“Kalau hendak masuk ke rumah orang, kita kena jumpa tuan rumah terlebih dahulu. Saya bersama guru-guru KEMAS DUN Trong singgah bertemu Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tat Beng, Cikgu Fariz, bagi membincangkan persiapan tempat untuk Hari Sukan KEMAS DUN Trong yang insya-Allah akan berlangsung hujung bulan ini di padang sekolah berkenaan.
“Alhamdulillah, Cikgu Fariz dan pihak sekolah sudi menerima kunjungan kami serta memberi ruang kepada pihak KEMAS untuk menggunakan padang sekolah,” ujar beliau. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Tak Banyak Alasan’, Teruskan Khidmat Bersama Rakyat – Tengku Adnan
- Mandat Rakyat Bukan Barang Dagangan, Jangan Dipermainkan – Mohd Razlan
- Kerajaan Tempatan Johor Fokus Permudah Urusan, Tingkat Kualiti Hidup Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tabung Haji Bukan Tempat Bermain Kuasa, BN Tuntut Akauntabiliti Tegas – Ir Hasni
You must be logged in to post a comment.