Najib Tinjau Banjir Termenung Parit Jelutong, Tindakan Awal Perkemas Aliran Air

Najib Tinjau Banjir Termenung Parit Jelutong, Tindakan Awal Perkemas Aliran Air

BATU PAHAT, 12 Ogos – Masalah banjir termenung yang berlaku di Parit Jelutong, Parit Hailam diambil perhatian apabila Timbalan Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Datuk Najib Samuri turun padang meninjau punca permasalahan tersebut.

Najib berkata, lawatan berkenaan turut dilakukan bersama ADUN Parit Raja, Rashidah Ramli bagi melihat sendiri keadaan di kawasan berkenaan yang turut memberi kesan kepada pengusaha tanaman kelapa sawit.

“Saya bersama-sama Rashidah Ramli ke Parit Hailam bagi meninjau punca berlakunya banjir termenung di Parit Jelutong. Keadaan ini turut memberi kesan khususnya kepada pengusaha tanaman kelapa sawit,” katanya.

Menurut beliau, hasil perbincangan bersama Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Batu Pahat, Puan Zuriyati, beberapa tindakan awal telah dikenal pasti bagi membantu mengatasi masalah berkenaan.

Antara tindakan tersebut ialah membuka laluan air dengan membersihkan semak dan rumput di sepanjang parit supaya aliran air dapat bergerak dengan lebih lancar menuju ke pintu air berhampiran.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI TH: Ahmad Zahid Seru Cari Kebenaran, Henti Polemik


“Alhamdulillah, pada peringkat awal, kerja-kerja penyelenggaraan parit telah dilaksanakan di sepanjang kira-kira enam kilometer.

“Semoga usaha ini dapat membantu melancarkan aliran air dan menyelesaikan masalah banjir termenung yang dihadapi oleh penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata, tindakan penyelenggaraan dan pemantauan berterusan amat penting bagi memastikan sistem saliran di kawasan berkenaan dapat berfungsi dengan baik, sekali gus mengurangkan risiko gangguan kepada penduduk serta aktiviti pertanian setempat.

Usaha turun padang tersebut mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk terus memberi perhatian terhadap isu infrastruktur dan saliran yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat. – UMNO Online

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Belanjawan: Setiap Perancangan, Peruntukan Mesti Sampai Kepada Rakyat – Wan Rosdy

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker