Biadab Label Bangsa Sebagai ‘Melayu Sakau’ – Sollehin

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Mohammad Sollehin Tajie menegaskan bahawa isu rasuah dan salah guna kuasa tidak seharusnya dikaitkan dengan mana-mana bangsa.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang berkata ini kerana penggunaan istilah “Melayu Sakau” oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan ketika membahaskan isu berkaitan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji adalah sesuatu yang amat dikesali.
“Saya cukup kecewa dengan kenyataan YB Sany Hamzan yang menggunakan istilah “Melayu Sakau”. Kalau nak kritik perasuah, kritiklah perasuah. Kalau nak hentam penyamun, hentamlah penyamun.
“Tapi kenapa perlu heret Melayu sekali? Sejak bila rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa ini jadi sifat sesuatu bangsa? Hakikatnya mana-mana bangsa pun ada orang baik dan ada yang buat salah. Ada Melayu yang terlibat rasuah ada Cina, India… ada daripada pelbagai bangsa dan latar belakang.
“Tengok saja negara lain. India pun berdepan masalah rasua, China pun sama dan sudah bertahun-tahun melaksanakan kempen besar-besaran memerangi rasuah. Tapi pernah ke kita kata satu bangsa itu bangsa perasuah? Tak.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Yang Makan Cili, Memang Akan Rasa Pedas” – Manndzri
- 80 Peratus RUU Akta MARA Baharu Perketat Tadbir Urus MARA
- Biadab Label Bangsa Sebagai ‘Melayu Sakau’ – Sollehin
Belanjawan: Setiap Perancangan, Peruntukan Mesti Sampai Kepada Rakyat – Wan Rosdy
“Sebab kita tahu yang buat salah itu individu, bukan bangsa. Bila timbul kes atau dakwaan melibatkan pemimpin daripada parti Sany sendiri, pernah ke kita heret bangsa mereka sekali? Tak pernah. Kita kritik individu, minta siasat kalau bersalah hukum,” katanya.
Menurutnya, ruang perbahasan RCI Tabung Haji sepatutnya dimanfaatkan untuk membincangkan langkah memperkukuh institusi berkenaan serta memastikan sebarang kelemahan diperbaiki.
Tegas beliau lagi, sebarang kritikan tidak menjadi masalah sekiranya dibuat berdasarkan fakta dan asas yang jelas, namun tidak wajar sehingga menghina sesuatu bangsa.
“Satu lagi saya nak pesan kepada Sany Hamzah. Ruang perbahasan RCI Tabung Haji sepatutnya kita gunakan untuk bercakap bagaimana nak selamatkan dan memperkukuhkan Tabung Haji.
“Belajarlah daripada Pak Hassan yang bercakap tentang moving forward Tabung Haji. Itu yang rakyat nak dengar. Bukan ambil kesempatan daripada perbahasan RCI untuk melabel satu bangsa sebagai “Melayu Sakau”.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Baiki Sistem, Kukuhkan Tabung Haji – Mohd Isam
- RCI TH: Rekod BNM Jelas, Penerangan Menteri Berbeza – Naim Moktar
“Nak berpolitik, berpolitiklah. Nak hentam UMNO, hentamlah. Nak kritik pemimpin Melayu, kritiklah. Nak kritik saya pun silakan kalau ada asas.
“Tapi jangan jadi bangang dan biadab sampai satu bangsa dihina hanya kerana perbuatan segelintir manusia… Melayu bukan bangsa sakau,” ujar beliau. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib Tinjau Banjir Termenung Parit Jelutong, Tindakan Awal Perkemas Aliran Air
- Skuad Sayang 3K Perkemas Gerak Kerja Menjelang PAU 2026
- Jangan Kelirukan Angka, Nilai TH Perlu Berdasarkan Definisi Dan Tempoh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.