Noh, Azeez tak sokong Muhyiddin

Noh, Azeez tak sokong Muhyiddin

Kami hanya turunkan tandatangan hadir perjumpaan, bukan sokong Muhyiddin, kata Noh, Azeez

Dua Ahli Parlimen Umno, Noh Omar dan Abd Azeez Abdul Rahim, menafikan mereka menandatangani surat sokongan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk Muhyiddin Yassin yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Mereka menegaskan hanya menurunkan tandatangan untuk mengesahkan kehadiran pada mesyuarat melibatkan Ahli Parlimen BN, dan tidak lebih daripada itu.

“Saya nak tegaskan pendirian saya bersetuju dan akur dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno untuk menarik sokongan kepada perdana menteri yang akan dibuat dalam Parlimen,” kata Noh.

“Saya menafikan kalau ada dakwaan saya mudah dibeli atau pendirian tidak tetap. Kalau benar saya cakap ‘benar’, kalau tak benar saya cakap ‘tak benar’. Saya bukan (jenis) orang (yang) depan cakap lain, belakang cakap lain,” katanya.

Noh membuat penjelasan itu susulan pengedaran senarai yang memuatkan namanya bersama Ahli Parlimen BN lain yang hadir pada sidang media Ismail tengah hari tadi. Ismail mengumumkan 31 Ahli Parlimen BN kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin.

“Saya lihat dalam media massa dan laporan berita tidak berapa tepat. Ia tak sebut sokongan itu sampai bila dan sampai habis apa yang dimaksudkan TPM,” kata Noh.

Noh berkata beliau dipanggil menghadiri perjumpaan Ahli Parlimen BN dan menurunkan tandatangannya pada dokumen untuk untuk mengesahkan kehadiran.

“Saya nak tegaskan bahawa senarai tandatangan yang tersebar adalah untuk kehadiran mesyuarat, bukan tandatangan beri sokongan (atau) tak beri sokongan atau akaun bersumpah (SD),” katanya pada sidang media.

Noh turut memaklumkan hasil pertemuan bersama Ahli Parlimen BN hari ini, yang mana beliau bersetuju bahawa kerajaan PN pimpinan Muhyiddin masih sah sehingga Parlimen bersidang September depan bagi menentukan keabsahan sokongan kepada perdana menteri.

“Kita sedia maklum bahawa Agong telah setuju supaya keabsahan sokongan atau kedudukan perdana menteri ditentukan di Parlimen. Setakat hari ini saya menjunjung titah Agong dan saya menunggu sidang Parlimen.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Kedua, pada perbincangan tersebut, saya setuju dengan Ahli Parlimen lain bahawa Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, hendaklah adakan perjumpaan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen berhubung keputusan MKT menarik sokongan kepada Perdana Menteri.”

Sementara itu, Ahli Parlimen Baling, Abd Azeez Abdul Rahim, juga menafikan tandatangannya pada sidang media hari ini bukti sokongan terhadap Muhyiddin.

“Tandatangan yang ditularkan adalah tandatangan sebagai kehadiran saya bagi perjumpaan tersebut. Tidak ada surat-surat yang lain diarah untuk kami tandatangani.

“Saya hadir selaku Ahli Parlimen untuk mendengarkan perbincangan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

“Saya adalah ahli parti, saya setia kepada parti saya dan keputusannya. Sebarang keputusan parti adalah secara keseluruhan. Apa sahaja yang diputuskan akan kami lakukan bersama.”

Terdahulu, Ismail bersama 18 lagi Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional tampil di hadapan media hari ini, pada satu sidang media di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ismail mendakwa selain beliau dan 18 Ahli Parlimen berkenaan, ada 12 lagi wakil rakyat BN yang masih menyokong kerajaan PN namun tidak dapat menyertai sidang media itu. FMT

Noh, Azeez tak sokong Muhyiddin

Puad hentam Nazri, jangan hipokrit sangat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker