Geng Epul BBS diburu polis

Geng Epul BBS diburu polis

Dalang serta beberapa ahli sindiket dikenali Geng Epul BBS diburu polis dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kenderaan di sekitar Rawang di sini.

Kegiatan bermula sejak awal tahun ini terbongkar selepas dua ahli kumpulan itu cuba melarikan sebuah motosikal di kawasan lot Rawang Mutiara di sini, kelmarin.



Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 22 tahun manakala rakannya yang berusia 35 tahun berjaya meloloskan diri.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Puad hentam Nazri, jangan hipokrit sangat



Katanya, siasatan mendapati sindiket itu menyasarkan kereta buatan tempatan dan motosikal mengikut pasaran semasa dengan komponennya dileraikan untuk dijual bagi mengaut keuntungan.

“Suspek didapati mempunyai dua rekod jenayah mengikut Seksyen 380 dan 379A Kanun Keseksaan.

“Turut dirampas 13 motosikal dan tiga kereta Proton Iswara dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM60,000,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Menurut Zainal, susulan penahanan itu, sebanyak 14 kes curi kenderaan membabitkan 12 di Gombak, masing-masing satu di Sentul dan Kota Tinggi, Johor berjaya diselesaikan.

Jelasnya, suspek direman empat hari hingga Ahad ini mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara setahun hingga tujuh tahun.

“Siasatan masih diteruskan untuk mengesan dalang dan beberapa lagi ahli kumpulan itu yang aktif mencuri kenderaan di kawasan bandar, rumah kedai serta premis komersial,” katanya.- UTUSAN

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



Geng Epul BBS diburu polis

Puad hentam Nazri, jangan hipokrit sangat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker