Jangan terburu-buru beri kelonggaran pergerakan

Jangan terburu-buru beri kelonggaran pergerakan

Keputusan mempertimbangkan kelonggaran dan pengecualian pergerakan bagi individu lengkap dua dos suntikan vaksinasi Covid-19 tidak boleh dibuat secara terburu-buru.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Dr. Hishamshah Mohd. Ibrahim berkata, kelonggaran pergerakan kepada individu yang sudah mendapat pelalian lengkap wajar diberikan selepas tahap liputan vaksin mencapai sekurang-kurangnya 40 peratus.

Ini kerana menurutnya, keadaan semasa di negara lain seperti Israel, Amerika Syarikat dan United Kingdom yang melaksanakan kelonggaran sama menyaksikan mereka berdepan dengan peningkatan semula kes Covid-19.

“Negara perlu belajar daripada kesilapan mereka dan tidak perlu terburu-buru untuk memberi kelonggaran pergerakan,” katanya dalam sidang akhbar secara maya hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata pengumuman kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksinasi Covid-19 akan dibuat hari ini atau esok. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Jangan terburu-buru beri kelonggaran pergerakan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Puad hentam Nazri, jangan hipokrit sangat

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker