Giliran Ketua Pemuda Umno Sabah letak jawatan pengarah Boustead Plantation

Ketua Pemuda Umno Sabah Abdul Aziz Julkarnain menjadi pemimpin parti terbaru parti itu yang meletakkan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Dia meletakkan jawatan sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif Boustead Plantation Bhd berkuat kuasa semalam.

Perkara itu dinyatakan dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dia dilantik menjadi ahli lembaga pengarah syarikat itu pada 1 September 2020.

Keputusan itu menyusuli peletakan jawatan Naib Presiden Umno Mohamad Khaled Nordin sebagai pengerusi Boustead Holding Berhad awal minggu ini.

Beberapa lagi peletakan jawatan melibatkan Umno – susulan penarikan sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) – adalah anggota Majlis Tertinggi (MT) Razlan Rafii dalam lembaga pengarah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Dr Shamsul Anuar Nasarah selaku menteri tenaga dan sumber asli.

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Noh, Azeez tak sokong Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker