Pengantin perempuan terima hantaran jengkaut, Tank

Pengantin perempuan terima hantaran jengkaut, Tank
PERKAHWINAN antara Rico dan Laella di Dusun Larangan, Ketro, Karangrayung, Grobogan, Jawa Tengah, tular di media sosial. – Ardian Dwi Kurnia/detikJateng

JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di wilayah Jawa Tengah tular di media sosial selepas pengantin lelaki menghadiahkan pelbagai jenis kenderaan termasuk sebuah jengkaut, lapor saluran berita CNN Indonesia.

Majlis perkahwinan pasangan Rico Putra Roberto Syah, 23 dan Laella Nur Fadhilah, 20 berlangsung di Dusun Larangan, Grobogan, baru-baru ini.

Selain jengkaut, Rico menyerahkan kenderaan pacuan empat roda GWM Tank, sebuah kereta Honda Brio, dua buah motosikal iaitu Yamaha YZ dan Vespa Primavera, serta wang tunai lebih dua juta rupiah (RM459) berdasarkan tarikh perkahwinan mereka.

Secara keseluruhan, nilai hantaran mencecah berbilion-bilion rupiah.

“Pemberian kereta sudah menjadi perkara biasa. Sebab itu saya mahu mencuba sesuatu yang berbeza dan belum pernah dilakukan orang lain,” kata Rico dipetik detikcom.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Khaled Nordin Turun Padang, Santuni Masyarakat Sempena Bulan Kemerdekaan


Menurut Rico, pemilihan jengkaut sebagai hantaran perkahwinan adalah selari dengan perniagaan yang diusahakannya iaitu menyewa jentera berat.

Kesemua kenderaan tersebut ditempatkan di halaman rumah pengantin perempuan dan bakal digunakan untuk kegunaan harian mereka.

Kata Rico, perkahwinan luar biasa itu merupakan inisiatif peribadinya sebagai simbol penghargaan, tanda kasih sayang serta bukti kesediaan untuk menyara isterinya. – AGENSI


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat… Perkasa Keperluan Rakyat DUN Rembia

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker