Lewat naiki penerbangan, 2 wanita kejar pesawat

Lewat naiki penerbangan, 2 wanita kejar pesawat
Tangkap layar video menunjukkan dua wanita mengejar pesawat yang bersedia untuk berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo, Russia baru-baru ini. – X

MOSCOW – Dua wanita mencetuskan kekecohan apabila mereka dirakam berlari di kawasan apron sebuah lapangan terbang di Russia dalam cubaan untuk mengejar pesawat yang hendak berlepas, lapor stesen penyiaran NDTV.

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo, Moscow, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform X oleh akaun @aviationbrk menunjukkan kedua-dua wanita itu berlari sambil membawa bagasi ketika pesawat bersiap sedia untuk berlepas.

Mereka turut melambai ke arah juruterbang untuk menarik perhatiannya, selain berharap agar pesawat berhenti.

Kedua-dua wanita itu tiba lewat untuk menaiki penerbangan Aeroflot, menyebabkan mereka menceroboh ke kawasan apron, lapor media tempatan.

Kakitangan yang menyedari kejadian itu bergegas ke lokasi dan menjauhkan mereka daripada pesawat sebelum menghentikan operasi.

Mereka kemudian dibawa ke terminal dan diserahkan kepada Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) Russia. – AGENSI


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat… Perkasa Keperluan Rakyat DUN Rembia

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker