Majoriti Muhyiddin semakin tidak meyakinkan

Majoriti Muhyiddin semakin tidak meyakinkan. Selepas empat hari berteka-teki, akhirnya persoalan siapakah ahli Parlimen UMNO yang menyokong dan tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terjawab hari ini.

Semuanya dirungkai selepas Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pagi tadi mendedahkan jumlah sebenar ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam satu sidang media pada Jumaat.

Berdasarkan butiran sidang media tersebut, Sabri Ismail menjelaskan kesemua 31 ahli Parlimen UMNO dan BN teguh bersama kerajaan PN dan menyokong Muhyiddin.

Bagaimanapun, sekitar jam 6 petang tadi segalanya berubah apabila ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar menarik diri daripada menyokong kerajaan PN dan Muhyidin.

“Pendirian saya jelas, saya bersetuju dan akur dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk tarik sokongan kepada Muhyiddin,” katanya pada sidang media yang diadakan sebentar tadi.

Dalam pada itu, Menteri Pendidikan Tinggi yang juga ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad telah meletakkan jawatannya dalam Kabinet Muhyiddin, sekali gus memberi isyarat bahawa beliau menarik diri daripada menyokong kerajaan PN dan Muhyiddin.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, Noraini menjelaskan, beliau berbuat demikian kerana akur kepada keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos 2021 – sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin.

Kini, ‘nombor yang menyakinkan’ diperoleh Muhyiddin telah berubah dan jumlahnya semakin tergelincir.

Apatah lagi, setakat ini tiga ahli Parlimen UMNO/BN iaitu Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Baling), Datuk Seri Mohd Nizar Zakaria (Parit) dan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan) masih belum menyatakan sebarang pendirian sebenar mereka.

Majoriti Muhyiddin semakin tidak meyakinkan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pertembungan ‘2 kem’ UMNO, kemana kesudahannya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker