Pas Harap Masih Ada Ruang Persefahaman Dengan UMNO Di PRU15

"Pas masih lagi komited sebagai mendokong konsep MN, masih lagi wujud MN, tiada pembatalan setakat ini,"

Pas Harap Masih Ada Ruang Persefahaman Dengan UMNO Di PRU15

KOTA BHARU: Pas masih mengharapkan ada ruang persefahaman dengan UMNO pada saat akhir bagi mengelakkan pertembungan banyak penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, persefahaman itu membolehkan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) memperoleh manfaat bersama atau situasi menang-menang.

“Kita pun di Perikatan Nasional masih lagi mengharapkan berlakunya rundingan yang boleh memberikan keuntungan kepada semua pihak, win-win situation.

“Dalam konteks ini PN dan BN boleh jadi kalau tak ambil satu langkah mengelakkan daripada pertembungan banyak penjuru yang menyebabkan semua kalah.

“Pas masih lagi komited sebagai mendokong konsep MN, masih lagi wujud MN, tiada pembatalan setakat ini,” katanya.

Jelas beliau Pas dalam Perikatan Nasional masih mendokong Muafakat Nasional (MN), kerana ia belum ada noktah berdasarkan piagam yang dibentuk bersama sebelum ini.

MN, katanya, masih lagi wujud dengan tiada pembatalan dibuat.

Takiyuddin berkata, Pas sedang merangka kerjasama bagi mengelakkan permusuhan di antara Pas dan UMNO.

Ia termasuklah mencari formula terbaik agar penyatuan ummah dan parti Melayu dapat dikekalkan.

Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli turut memaklumkan, dalam politik pelbagai kaedah dilakukan termasuk menjalinkan kerjasama, menubuhkan gabungan atau persefahaman antara parti politik tanah air.

Beliau berkata demikian selepas melawat bekas pemain bolasepak Kelantan era 90-an, Hashim Mustafa yang menderita penyakit kencing manis di sini petang semalam. AA

Pas Harap Masih Ada Ruang Persefahaman Dengan UMNO Di PRU15

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker