Pei Kee sedia cabar diri dalam beregu campuran

Pei Kee sedia cabar diri dalam beregu campuran

Pei Kee sedia cabar diri dalam beregu campuran
PEMAIN beregu wanita negara, Go Pei Kee ketika ditemui media selepas sesi latihan skuad badminton negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, Petaling Jaya. – Foto Raihana Mansor

Kuala Lumpur: Selepas hampir tujuh bulan meninggalkan skuad kebangsaan, pemain badminton wanita negara, Go Pei Kee kembali menyertai program latihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bermula 1 November ini dengan cabaran baharu apabila bakal mencuba acara beregu campuran.

Pei Kee berkata, dia mahu memberikan sepenuh perhatian kepada proses latihan terlebih dahulu sebelum memikirkan soal mencari pasangan atau menyertai kejohanan kompetitif.

Katanya, dia tidak mahu terburu-buru membuat keputusan sebaliknya mahu memastikan tahap kecergasan dan kualitinya kembali berada pada tahap diperlukan untuk bersaing.

“Saya tidak terlalu memikirkan soal pasangan buat masa ini kerana mahu fokus kepada latihan sendiri terlebih dahulu. Saya perlu memastikan kualiti permainan saya setanding dengan pemain lain.

“Saya memberikan tempoh dua bulan untuk fokus sepenuhnya kepada latihan sebelum memikirkan kejohanan yang sesuai untuk membuat kemunculan semula,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sedia Berkhidmat, Tekad Pertahan DUN Rembia – Azril


Mengulas keputusan kembali ke BAM, Pei Kee berkata, pengalaman lalu menjadikannya lebih matang terutama dalam memahami kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental sebagai seorang atlet.

Menurutnya, ketika bersama skuad kebangsaan sebelum ini, dia terlalu memaksa diri untuk terus beraksi sehingga sering jatuh sakit dan beberapa kali terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

“Pengalaman lalu banyak mematangkan saya. Sebelum ini, saya tidak menjaga kesihatan fizikal dan mental dengan baik kerana terlalu mahu berjuang sehingga ke penghujung.

“Saya kerap jatuh sakit dan akhirnya terpaksa dimasukkan ke hospital. Itu satu petanda untuk saya lebih mengutamakan kesihatan kerana jika tidak mampu menjaga diri sendiri, bagaimana saya mahu bertahan dalam kejohanan?” katanya.

Dalam pada itu, Pei Kee berkata, tempoh beberapa bulan di luar BAM dimanfaatkannya untuk membina semula kekuatan menerusi latihan sendiri di gimnasium di kampung halamannya (Tangkak, Johor).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

50 Tahun Bursa Malaysia: Ruang Perkukuh Daya Saing Ekonomi Negara


Katanya, keputusan kembali ke BAM dibuat menerusi perbincangan kedua-dua pihak selepas pengurusan menawarkan peluang untuknya menyertai semula program latihan kebangsaan, termasuk perbincangan bersama Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Seri Lee Chong Wei

Pei Kee yang sebelum ini beraksi dalam acara beregu wanita berkata, percubaan beralih ke beregu campuran bukanlah pilihannya sendiri, namun dia terbuka untuk menerima cabaran dalam mana-mana acara.

“Saya terbuka untuk bermain dalam mana-mana acara. Buat masa ini, keutamaan saya adalah menjalani latihan secara sihat dan memastikan keadaan fizikal berada pada tahap terbaik.

“Saya tidak mahu terlalu memikirkan kejohanan atau pasangan kerana fokus utama sekarang adalah latihan,” katanya.

Kepulangan Pei Kee ke pangkuan BAM sekali gus membuka lembaran baharu dalam kariernya apabila dia berpeluang membina semula prestasi menerusi cabaran berbeza dalam acara beregu campuran

Mac lalu pemain berusia 24 tahun itu mengumumkan dalam satu hantaran penuh emosi di laman media sosial, Instagram, sebagai pemain BAM.

Pei Kee sedia cabar diri dalam beregu campuran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Mana Lagi… Melaka Ler” Dan “Kita Geng Biru” Gegarkan Tanjung Bidara

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker