Wei Chong-Kai Wun buru kembali kelompok lapan terbaik
Wei Chong-Kai Wun buru kembali kelompok lapan terbaik

Kuala Lumpur: Kejayaan menjuarai Terbuka Perancis menjadi suntikan keyakinan buat beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun untuk kembali memperbaiki kedudukan ranking dunia dengan sasaran utama mendapatkan semula status kelompok lapan pasangan terbaik dunia.
Wei Chong berkata, kemenangan di pentas Jelajah Dunia itu memberikan motivasi tambahan buat mereka untuk mengekalkan momentum, namun mengakui konsistensi prestasi menjadi perkara paling penting menjelang tiga kejohanan seterusnya.
Menurutnya, dia dan Kai Wun yang berada di ranking kelapan dunia, tidak boleh terlalu selesa dengan kejayaan diraih kerana masih banyak cabaran perlu ditempuhi, terutama apabila pemain berstatus pilihan juga tidak semestinya mampu mengekalkan prestasi terbaik dalam setiap kejohanan.
“Kemenangan ini memang memberikan lebih banyak keyakinan kepada kami, tetapi kejohanan itu sudah berlalu dan masih ada tiga lagi kejohanan selepas ini.
“Kita tidak semestinya boleh beraksi seperti ini setiap masa. Jadi, saya berharap dapat mengekalkan prestasi sama dalam kejohanan akan datang,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Sayang Rakyat: Lihat Bukti, Perkukuh Keyakinan
- Santuni Rakyat Dengan Hati, Berbakti Dengan Ikhlas – Tuminah Kadi
Wei Chong berkata, mereka perlu memberikan tumpuan kepada persiapan sendiri tanpa terlalu memikirkan kedudukan atau reputasi lawan, sama ada pasangan yang berada di ranking lebih tinggi mahupun di bawah mereka.
Katanya, persaingan badminton ketika ini semakin terbuka apabila beberapa pasangan ternama turut menunjukkan prestasi tidak menentu, sekali gus memberi peluang kepada pemain lain untuk mencipta kejutan.
“Agak sukar untuk menjangkakan keputusan kerana pemain ranking tinggi kadangkala tidak beraksi baik, manakala pemain yang berada di ranking lebih rendah pula mampu mempamerkan prestasi cemerlang.
“Jadi, kami hanya boleh fokus membuat persiapan sebaik mungkin tanpa terlalu memikirkan siapa lawan yang bakal dihadapi,” katanya.
Dalam pada itu, Wei Chong mengakui usaha memperbaiki ranking dunia menjadi keutamaan memandangkan persaingan menuju kelayakan Sukan Olimpik semakin hampir tahun depan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Khidmat Berkesan Kunci Bina Semula Kepercayaan Rakyat – Norshida
- PRN Melaka: ‘Utamakan Silaturahim, Hormati Perbezaan Politik’ – Abdul Hakim
- Johor Perkukuh Sektor Pelancongan, Sasar Tarikan Bertaraf Antarabangsa
50 Tahun Bursa Malaysia: Ruang Perkukuh Daya Saing Ekonomi Negara
Justeru, dia berharap dapat mengembalikan status pasangan pilihan dalam kejohanan antarabangsa bagi memastikan mereka memperoleh kedudukan pemain pilihan lebih baik.
“Kami memang mahu memperbaiki ranking kerana tahun depan sudah semakin hampir dengan kelayakan Olimpik. Harap dapat kembali mendapatkan kedudukan pemain pilihan dalam kejohanan.
“Buat masa ini, sasaran kami adalah kembali ke kelompok lapan terbaik terlebih dahulu,” katanya.
Wei Chong mengakui kedudukan mereka sebelum ini yang pernah merosot ke tangga ke-11 dan ke-12 dunia perlu diperbaiki, apatah lagi mereka dijangka kehilangan mata ranking selepas tidak menyertai Terbuka Hylo dan Jelajah Dunia Akhir tahun ini.
Menurutnya, dia tidak mahu terlalu memikirkan soal kejuaraan sebaliknya mahu memastikan prestasi lebih konsisten dalam setiap kejohanan.
“Untuk memenangi gelaran, saya tidak mahu terlalu memikirkannya buat masa ini. Apa yang lebih penting adalah konsisten dengan prestasi kerana jika kita mampu mengekalkannya, keputusan juga boleh menjadi lebih baik,” katanya.
Selepas kejayaan di Terbuka Perancis, Wei Chong-Kai Wun dijadual meneruskan cabaran dalam tiga kejohanan seterusnya iaitu Terbuka Korea, Masters Kumamoto dan Terbuka Hong Kong dalam usaha mengukuhkan semula kedudukan mereka dalam kelompok elit beregu lelaki dunia.
Wei Chong-Kai Wun buru kembali kelompok lapan terbaik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tirai PRN Melaka Dibuka, Misi Pertahan Mandat BN Bermula
- Tangguh Sampai Bila? 127 Projek Jalan Luar Bandar Terjejas
- PRN Melaka: Solidariti UMNO Sabah Bersama Pertahan Kemenangan BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Mana Lagi… Melaka Ler” Dan “Kita Geng Biru” Gegarkan Tanjung Bidara
You must be logged in to post a comment.