Pang Ron-Pei Jing terus mengganas di Jerman

Pang Ron-Pei Jing terus mengganas di Jerman

Pang Ron-Pei Jing terus mengganas di Jerman
PEMAIN beregu campuran kebangsaan, Hoo Pang Ron (kiri) dan Lai Pei Jing.

Kuala Lumpur: Beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing meneruskan momentum cemerlang apabila mengesahkan tempat ke separuh akhir Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman, sebentar tadi.

Lebih manis, pasangan ranking ke-24 dunia itu sekali lagi mencipta kejutan apabila menyingkirkan pilihan ketujuh dari Hong Kong, Chan Yin Chak-Ng Tsz Yau dalam aksi suku akhir di Saarlandhalle.

Pang Ron-Pei Jing tidak berdepan masalah besar untuk menundukkan lawan apabila menang straight set 21-17, 21-17.

Kejayaan itu menyaksikan pasangan negara terus mempamerkan prestasi konsisten selepas turut mara ke separuh akhir Terbuka Denmark sebelum muncul naib juara Terbuka Perancis, Ahad lalu.

Pang Ron-Pei Jing kini hanya selangkah untuk melangkah ke final apabila bakal berdepan pemenang pertembungan antara pasangan tuan rumah, Marvin Seidel-Thuc Phuong Nguyen dan gandingan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue.

Pang Ron-Pei Jing terus mengganas di Jerman


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Mana Lagi… Melaka Ler” Dan “Kita Geng Biru” Gegarkan Tanjung Bidara

 

 

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker