Isu pinjaman cetus pergaduhan, lelaki patah kaki dilanggar kereta

Isu pinjaman cetus pergaduhan, lelaki patah kaki dilanggar kereta

Isu pinjaman cetus pergaduhan, lelaki patah kaki dilanggar kereta
Tangkap layar rakaman video kereta dinaiki suspek hampir melanggar seorang penunggang motosikal di hadapan sebuah pasar raya di Taman Pulai Utama, Skudai. Foto tular

JOHOR BAHRU: Perselisihan faham berkaitan isu pinjaman hingga mencetuskan pergaduhan disyaki menjadi punca lelaki dilanggar kereta Taman Pulai Utama, Skudai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku di hadapan pasar raya pada jam 6.38 petang.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham berkaitan isu pinjaman wang antara kedua-dua pihak yang saling mengenali.

“Mangsa lelaki tempatan berusia 35 tahun patah kaki kanan susulan kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, ujian saringan air kencing terhadap ketiga-tiga suspek mendapati negatif dadah, selain tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 26 saat memaparkan pemandu kereta melanggar penunggang motosikal yang sudah terjatuh sebelum melarikan diri.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas Proton Saga dan sedang giat mengesan beberapa individu lain yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

50 Tahun Bursa Malaysia: Ruang Perkukuh Daya Saing Ekonomi Negara


Katanya, ujian saringan air kencing terhadap ketiga-tiga suspek mendapati negatif dadah, selain tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 26 saat memaparkan pemandu kereta melanggar penunggang motosikal yang sudah terjatuh sebelum melarikan diri.

Isu pinjaman cetus pergaduhan, lelaki patah kaki dilanggar kereta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Mana Lagi… Melaka Ler” Dan “Kita Geng Biru” Gegarkan Tanjung Bidara

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker