KPT belanja lebih RM260.8 juta bantu pelajar

 

NIBONG TEBAL – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membelanjakan lebih RM260.8 juta menerusi beberapa program bagi membantu pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sepanjang setahun pandemik Covid-19 melanda negara.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mansor Othman berkata, bantuan yang diberikan itu adalah antara langkah proaktif KPT dalam memastikan pelajar terjejas dapat meneruskan pelajaran.

“KPT menjalankan pelbagai langkah proaktif bagi membantu pelajar dan jumlah yang saya nyatakan itu adalah antara program serta bantuan yang telah dijalankan oleh kami (KPT)… jumlah keseluruhan sebenarnya jauh lebih besar sepanjang setahun pandemik Covid-19 melanda negara.

“Antara bantuan yang telah disalurkan ialah penyediaan makanan dan minuman kepada lebih 82,000 pelajar semasa mereka terkandas di IPT membabitkan lebih RM52 juta, bantuan sekali beri RM200 kepada 841,464 pelajar, bantuan pelan data B40 melibatkan peruntukan RM24 juta yang memberi manfaat kepada 320,396 pelajar dan bantuan peranti B40 bersasar iaitu RM13 juta,” katanya kepada pemberita selepas jelajah Program Malaysia Prihatin di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia di sini pada Jumaat.

 

Bantuan Ustaz Ebit Lew dihargai tapi perlu dapat kebenaran KPT, MKN

Hadir sama Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Nibong Tebal itu berkata, jelajah Program Malaysia Prihatin dapat membantu menyebar dan memperjelas kepada rakyat berhubung inisiatif dan langkah-langkah diambil oleh kerajaan dalam menangani Covid-19.

Beliau berkata, matlamatnya ialah supaya kefahaman dan penerimaan rakyat terhadap program pengurusan pandemik Covid-19 yang telah dirancang dan dilaksanakan dapat dipertingkat.

“Jelajah tersebut juga bagi memastikan pemimpin setempat dapat menyebarkan maklumat tentang situasi semasa Covid-19 dan isu khususnya cabaran masyarakat setempat melindungi diri dan komuniti di samping meneruskan kelangsungan hidup dalam suasana normal baharu,” katanya.

 

Pertimbang bayaran one off RM500 kepada pelajar IPT – Asyraf Wajdi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker