Selamat Hari Malaysia, Kesatuan Jadi Kekuatan – Ahmad Zahid

Selamat Hari Malaysia, Kesatuan Jadi Kekuatan – Ahmad Zahid

Selamat Hari Malaysia, Kesatuan Jadi Kekuatan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 16 Sept — Kekuatan Malaysia terletak pada kesatuan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, budaya dan latar belakang, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, perbezaan yang wujud dalam kalangan rakyat bukan menjadi penghalang, sebaliknya merupakan kekuatan yang membentuk identiti Malaysia.

“Perjalanan Malaysia sejak 1963 terus mengajar kita bahawa kemajuan dan kesejahteraan hanya dapat dibina apabila kita bergerak bersama, saling menghormati dan menjaga keharmonian yang telah kita warisi,” katanya menerusi ucapan sempena Hari Malaysia 2026.

Menurut Ahmad Zahid, Hari Malaysia mengingatkan rakyat bahawa semangat kebersamaan perlu terus dipelihara demi memperkukuh perpaduan negara.

“Marilah kita terus memelihara semangat kebersamaan ini, memperkukuh perpaduan dan bersama-sama membina Malaysia yang lebih makmur, berdaya tahan dan disegani.

“Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026,” katanya lagi. – UMNO Online


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2026 Perkukuh Perpaduan, Semarak Semangat Hari Malaysia

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker