Papan Litar Asli Komputer Ciptaan Steve Jobs Dilelong RM1.89 juta

Papan Litar Asli Komputer Ciptaan Steve Jobs Dilelong RM1.89 juta

WASHINGTON: Sebuah papan litar komputer asli dikenali sebagai Apple-1 yang dihasilkan oleh pengasas syarikat Apple, Stebe Jobs dan kakitangannya, Steve Wozniak pada tahun 1976 mahu dilelong pada pada harga AS$450,000 (RM1.89 juta).

Pakej lelongan itu termasuk buku panduan pengguna asli selain pita kaset Panasonic dan para pembina boleh membida harga bermula pada 12 Ogos ini menerusi RR Auction Bosyon di Amerika Syarikat (AS).



Ia merupakan salah satu daripada 200 litar komputer yang dihasilkan oleh pengasas Apple pada tahun 1976.

Sehingga kini terdapat 70 litar tersebut dan kurang daripada 10 yang masih berfungsi.

Litar komputer Apple-1 yang mahu dilelong itu adalah milik rakan Wozniak yang juga perintis komputer iaitu Roger Wagner.

Ketika itu, tiada ada sebuah lagu pun boleh disimpan dengan mengggunakan litar komputer tersebut.

Bidaan harga akan berakhir pada 19 Ogos ini.



Kini selepas 44 tahun, syarikat Apple dianggarkan bernilai AS$2.09 trilion (RM8.82 trilion). – Agensi

Papan Litar Asli Komputer Ciptaan Steve Jobs Dilelong RM1.89 juta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Pimpinan UMNO perlu satu hati – Zahid

Jawatan bertaraf menteri untuk kuatkan kedudukan Faizal



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker