Pimpinan UMNO perlu satu hati – Zahid

Sebaran :

Seluruh Pimpinan UMNO Perlu Satu Hati, Kembali Kepada Kewajipan Yang Nyata – Ahmad Zahid

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen UMNO dan pimpinan yang tetap setia berdiri bersama parti dalam mendokong ketetapan yang telah diambil oleh parti.

Jelas beliau, ketetapan ini bukan atas kepentingan individu atau mana-mana pihak seperti cuba dinaratifkan.

“Ia terjemahan suara akar umbi UMNO yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020.

“Ia juga terjemahan suara rakyat yang tidak lagi mampu berdepan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Dalam keadaan sekarang seluruh pimpinan UMNO perlu satu hati dan kembali kepada kewajipan yang nyata,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Tambah Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu lagi ahli serta kepimpinan UMNO perlu bersatu hati memperjuangkan apa yang wajib diutamakan parti iaitu kesejahteraan rakyat dan negara.

Menurut Ahmad Zahid ianya juga meliputi mempertahan keluhuran Perlembagaan, menjunjung undang-undang dan melindungi kedaulatan Institusi Diraja.

“Kita kena menginsafi tentang tanggungjawab dan keutamaan pimpinan UMNO yang sebenar.

“Bukan mempertahankan kegagalan dan penderhakaan yang tidak lagi terselindung malah telah terbukti.

“Jangan gusar dan bimbang kerana pembohongan dan penipuan tidak sesekali mengatasi kebenaran, kepada Allah S.W.T kita memohon kejayaan selepas segala daya upaya,” tegas beliau. UMNO Online

Pimpinan UMNO perlu satu hati – Zahid

Puad hentam Nazri, jangan hipokrit sangat


Sebaran :

Leave a Reply