Jawapan Najib kepada formula Muhyiddin

Jawapan Najib kepada formula Muhyiddin

Berpengalaman politik lebih 40 tahun menjadi senjata bagi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin “menjinakkan” Umno, kata Pengerusi Bersatu Sarawak Jaziri Alkaf A Suffian.

Katanya, Muhyiddin bukanlah seorang ahli politik yang senang dibuli, selain beliau mempunyai kredibiliti menguruskan serangan bertali arus Umno terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimapun kenyataan Bersatu Sarawak ini dijawab oleh Najib Razak secara sindiran.

Pelbagai cara digunakan oleh mereka untuk menekan Najib dan UMNO.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Berikut adalah jawapan balas Bossku :

Sekiranya nak jinakkan saya, mereka bolah cuba:

1. Dakwa saya dengan banyak kes-kes mahkamah.

2. Dakwa seluruh keluarga saya.

3. Rampas aset dan bekukan akaun bank saya.

4. Dakwa dua peguam saya yang sedang membela saya dengan kes mahkamah

5. Cuba bankrapkan saya.

6. Ganti hakim dalam kes mahkamah saya selepas perbicaraan baru dengan hakim baru dilantik setahun dalam mahkamah sivil tanpa sebarang pengalaman kes jenayah.

7. Beku akaun bank parti saya.

8. Ugut kawan-kawan saya supaya tidak berdekat dengan saya.

9. Curi dan sogok ahli-ahli parti saya.

10. Dakwa semua pemimpin parti yang tidak sehaluan dalam parti saya.

11. Ugut untuk haramkan parti saya.

12. Gunakan JKOM, seluruh jentera media sosial mereka serta media massa untuk buat propaganda dan serang saya tiap-tiap hari.

Apa? Semua sudah buat?

Oh. Patutlah saya dah lama jinak.

Berani kerana benar, takut kerana salah, bro.

Jawapan Najib kepada formula Muhyiddin

Kenapa 2 surat berbeza JPPM berkait pemilihan parti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker