Syed Muhammad Imran orang kuat Hamzah Zainudin

Syed Muhammad Imran orang kuat Hamzah Zainudin

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa penggerak kepada Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran S N Syed Abdul Aziz ada kaitan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Lokman berkata, beliau pernah mengenali Syed Muhammad Imran dan mendakwa individu itu sememangnya rapat dengan Hamzah.

“Dia (Syed Muhammad Imran) memang rapat dengan Hamzah (Zainudin), jadi kita tahu dan bila hari ini pula kita yang menyokong Najib melantik dia untuk ketuai dan dia mengaku dia yang ketuai penyokong Najib dan dia kata penyokong Najib 300,000.

“Ini penipuan, penyokong Najib kalau tengok kat Facebook pun empat juta lebih, jadi dia merendahkan Najib. Kita kena faham bila orang itu sudah masuk ke dalam (penjara) nak keluar bukan senang,” katanya dalam rakaman video video, hari ini.

Lokman berkata demikian mengulas laporan MalaysiaGazette bahawa Syed Muhammad Imran yang secara terbuka mahu penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menzahirkan sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) sempena Pilihan Raya Negeri, 12 Ogos depan.

Terdahulu, Syed Muhammad Imran berkata, pihaknya kecewa dengan sikap Timbalan Perdana Menteri, yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membisu dengan tiada sebarang langkah untuk memberikan keadilan kepada Najib.

Dalam pada itu, Lokman menyeru rakyat khususnya penyokong- Najib agar tidak mempercayai kata-kata individu yang menggunakan nama bekas Perdana Menteri itu dengan sewenang-wenangnya.

“Golongan macam Syed Imran ini jangan pandai-pandai guna nama Najib, kami nak beritahu masalah dia boleh suruh penyokong Najib untuk undi Perikatan Nasional.

“Tak ke bangang tu, yang sumbat Najib ini dimulakan oleh Dr Mahathir, Muhyiddin barua Mahathir sama sahaja itu,” jelas Lokman lagi.

Dalam pada itu, kenyataan Syed Muhammad Imran agar penyokong Najib menzahirkan sokongan kepada PN merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan displin.

“Kalau betul dia ahli parti, kita boleh buat laporan kepada Jawatankuasa Displin sebab dia terang-terangan menyeru supaya penyokong Najib untuk sokong PN.

“Bila dia suruh undi PN itu jelas telah melanggar displin parti,” katanya lagi. MG

Syed Muhammad Imran orang kuat Hamzah Zainudin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?

Isteri nak buat kejutan

Dato Malik bebas dengan jaminan

Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker