Format 15 mata beri kelebihan buat Zii Jia

Format 15 mata beri kelebihan buat Zii Jia

Format 15 mata beri kelebihan buat Zii Jia
BEKAS pemain perseorangan negara, Datuk Rashid Sideky.

Kuala Lumpur: Keupayaan melepaskan pukulan deras dan corak permainan lebih agresif mampu menjadi senjata utama Lee Zii Jia apabila format kiraan 15 mata diperkenalkan dalam kejohanan badminton antarabangsa bermula Januari depan.

Bekas pemain perseorangan negara, Datuk Rashid Sidek, percaya perubahan format itu memberi kelebihan kepada Zii Jia yang kini dilihat semakin kembali kepada identiti permainan sebenar dengan menggunakan kekuatan pukulan smesy untuk menekan lawan.

Menurutnya, format lebih pendek itu sesuai dengan pemain yang gemar menyerang kerana setiap mata menjadi lebih penting, sekali gus memberi tekanan kepada lawan untuk mengawal rentak permainan.

“Permainan Zii Jia sudah berubah. Dia kini lebih agresif dan menggunakan kekuatannya, terutama smesy, untuk mencipta peluang. Inilah permainan sebenar Zii Jia

“Dia nampak lebih positif dan jika mampu mengekalkan konsistensi, dia boleh menewaskan sesiapa sahaja apabila format kiraan 15 mata bermula tahun depan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tolak Kempen Negatif, Jentera UMNO Putrajaya Bantu Calon BN


Format baharu yang akan dilaksanakan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu bermula menerusi Terbuka Malaysia bertaraf Super 1000 dari 21 hingga 31 Januari depan.

Rashid berkata, kelebihan Zii Jia bukan sekadar terletak pada kekuatan serangan, malah corak permainannya ketika mengharungi siri kejohanan Eropah menunjukkan beliau mampu memulakan perlawanan dengan pantas dan mengutip mata dalam tempoh singkat.

Format 15 mata beri kelebihan buat Zii Jia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mohd Ridhwan Fokus Dekati Pengundi, Bawa Aspirasi BN

 

 

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker