Sidang media Ismail makan diri, ‘tikam’ PM

Sidang media Ismail makan diri, ‘tikam’ PM

Seorang pemimpin Umno berpandangan kenyataan Ismail Sabri Yaakob semalam bahawa 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terus menyokong pentadbiran Muhyiddin Yassin hanya “menikam” semula Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata, ini berikutan selepas Ketua Wanita Umno, Noraini Ahmad umum meletakkan jawatan semalam sebagai Menteri Pengajian Tinggi dan juga beberapa ahli Umno menafikan menyokong Muhyiddin.



“Ia memalukan Ismail kerana Noraini ada ‘weightage’ (kekuatan). Noraini adalah Ketua Wanita Umno yang bertaraf timbalan presiden. Di belakangnya akar umbi Umno yang besar dan penting. Itu yang Muhyiddin mahukan. Ismail gagal ‘deliver’ (bawa) untuk perdana menteri.

“Kedua, Ismail memasukkan nama Noh Omar dan Azeez Rahim dalam senarai yang sokong Muhyiddin. Tetapi kedua duanya nafi dalam sidang media berasingan,” katanya di Facebooknya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan berkata, beliau tetap mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen dan akan membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri pada sidang Parlimen awal bulan depan.

Dalam pada itu, Puad berkata Ismail juga cuba berselindung menggunakan naratif taat titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu keabsahan Kerajaan PN ditentukan oleh Parlimen Sept nanti.

“Ismail Sabri mendedahkan dirinya sebagai penentang keputusan parti. Dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dia berikrar akur keputusan parti dan sedia letak jawatan.

“Rupanya dia masuk kumpulan yang ikut agenda musuh Umno, Sepatutnya dia bersolidariti dengan partinya sendiri. Kini Wanita, Pemuda dan Puteri Umno tidak bersama dengannya. Pengerusi Pengerusi Perhubungan negeri juga tidak bersamanya,” katanya.



Puad berkata, Ismail hanya didokong oleh ahli Umno yang sudah jumpa “pintu keluar” seperti Idris Jusoh, Ahmad Hamzah, Ismail Mutalib, Nazri Aziz, Annuar Musa, Hassan Ariffin dan Tajuddin Abdul Rahman.

“Warkah Agong pada 29 Julai lalu menzahirkan rasa murka dan dukacita Baginda kepada perdana menteri dan kerajaan PN kerana isu Ordinan Darurat. Kenapa Ismail Sabri berdegil untuk bersama dengan Muhyiddin,” katanya. FMT

Sidang media Ismail makan diri, ‘tikam’ PM

Kenapa 2 surat berbeza JPPM berkait pemilihan parti



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker