Mengapa baru sekarang paksa UMNO buat pemilihan?

Mengapa baru sekarang paksa UMNO buat pemilihan? Tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang secara tiba-tiba enggan menerima keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk menangguhkan pemilihan selama 18 bulan disifatkan mempunyai agenda tertentu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengamal undang-undang, Datuk Adnan Seman berkata, ia bertentangan dengan pendirian RoS sebelum ini yang menyatakan keputusan MKT UMNO mematuhi perlembagaan parti itu.

Malah, katanya, surat RoS bertarikh 6 Ogos 2021 langsung tidak merujuk kepada surat RoS bertarikh 19 Julai 2021 dan tidak memberi sebarang alasan terhadap perubahan pendirian sebelum ini.

“Dalam surat yang dikemukakan bertarikh 19 Julai 2021 menyatakan bahawa RoS tiada halangan terhadap keputusan MKT UMNO dan menganggap keputusan itu mematuhi Fasal 10.16 perlembagaan parti. RoS juga meminta maklumat terperinci mengenai keputusan tersebut untuk tujuan semakan dan pengesahan selanjutnya.

“Jadi UMNO kemukakan petikan minit mesyuarat pada 30 Julai lalu untuk buat pengesahan tapi dalam surat 6 Ogos, RoS mengatakan keputusan itu tidak sah dan mengesyorkan supaya mengadakan pemilihan dengan segera. Mengapa sebelum ini tiada halangan?” katanya.

Adnan berkata, tindakan RoS itu boleh menimbulkan persepsi negatif dan dakwaan kepada kerajaan bahawa ia mempunyai kaitan dengan perkembangan politik semasa,

‘Sebab kita sedia maklum UMNO telah menarik balik sokongan terhadap kerajaan. Yang mengejutkan, parti-parti lain boleh tangguh tetapi RoS minta UMNO teruskan pemilihan, sepatutnya parti lain juga tak dibenarkan tangguh.

“Kalau nak adakan pemilihan, banyak perkara perlu diambil kira. Pemilihan peringkat bahagian dan Pusat sahaja melibatkan lebih 100,000 ahli UMNO. Kalau ada kluster mesyuarat tanggungjawab di bahu RoS,. Jadi kita tak nampak apa alasan ROS ubah keputusan, memaksa UMNO membatalkan keputusan MKT malah mendedahkan risiko Covid-19.

“Jika nak diadakan secara maya, keputusan pemilihan mudah untuk dipertikai. Kalau paksa adakan pemilihan, maknanya pilihan raya umum pun boleh diadakan ketika Covid-19,” katanya.

Untuk rekod, DAP telah membuat rayuan dan permohonan kepada ROS untuk pemilihan 30 Jun dijadualkan semula manakala PKR telah memaklumkan kepada ROS berhubung usul penangguhan pemilihan parti tidak lebih 18 bulan dan melanjutkan tempoh memegang jawatan bagi sesi 2018 hingga 2021.

Mengapa baru sekarang paksa UMNO buat pemilihan?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pimpinan UMNO perlu satu hati – Zahid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker