Terdesak Kekalkan Kuasa, Sentimen Propaganda Direka

Terdesak Kekalkan Kuasa, Sentimen Propaganda Direka Untuk Takutkan Rakyat – Ahmad Zahid

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kononnya pentadbiran negara akan lumpuh jika kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak lagi berkuasa.

Katanya, ianya adalah tidak benar sama sekali kerana sentimen ini yang sedang cuba direka oleh pasukan propaganda untuk menakut-nakutkan rakyat.

“Dakyah ini direka oleh kumpulan yang sedang terdesak bagi mengekalkan kuasa, jawatan dan kedudukan.

“Walau kerajaan PN tidak lagi berkuasa, pentadbiran negara terus berfungsi secara sementara di bawah Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Ianya sangat tidak bertanggungjawab apabila mereka berterusan cuba mengelirukan rakyat dengan pembohongan itu pula,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menjelaskan sebagai contoh selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari 2020, pentadbiran negara masih berfungsi.

“Sejurus kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang angkara fitnah pada Mei 2018, pentadbiran negara terus berfungsi,” ujarnya. UMNO Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Terdesak Kekalkan Kuasa, Sentimen Propaganda Direka

Kenapa 2 surat berbeza JPPM berkait pemilihan parti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker