Ahli Parlimen Sik positif Covid-19

Ahli Parlimen Sik positif Covid-19

Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman memaklumkan dirinya positif Covid-19.

Tarmizi berkata, beliau mula mengalami gejala pada 3 Ogos selepas dipercayai berjangkit daripada dua pegawainya yang dilaporkan positif lebih awal.

“Benar saya positif Covid-19.

“Dua pegawai saya yang bersama saya sepanjang di Parlimen juga positif. Mereka dilaporkan positif pada 2 Ogos dan saya pada 6 Ogos selepas melakukan ujian RT-PCR,” katanya kepada FMT.

Katanya, pada 1 Ogos lalu beliau melakukan ujian RTK dan keputusannya negatif, manakala ujian PCR pada 2 Ogos menunjukkan negatif.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Kemudian 3 dan 4 Ogos, saya dah mula rasa tak sedap badan, jadi kelmarin saya buat ujian PCR sekali lagi dan keputusan petang kelmarin dapati saya positif,” katanya.

Tarmizi berkata beliau kini kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah dan dalam keadaan baik dengan mengalami simptom ringan, batuk dan selesema.

Sebelum ini media melaporkan dua pegawai Tarmizi disahkan positif Covid selepas melakukan saringan di bangunan Parlimen pada 29 Julai lalu.

Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh mengesahkan seorang Ahli Parlimen yang menghadiri mesyuarat PAC minggu lalu positif Covid-19.

Semalam Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, 85 individu dikesan positif Covid-19 setakat ini yang dikaitkan dengan sidang Mesyuarat Khas Parlimen pada 26 Julai sehingga 29 Julai lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini enam sampel yang berkemungkinan besar adalah varian Delta telah dikesan melalui saringan menggunakan ujian PCR Genotyping Assay. FMT

Ahli Parlimen Sik positif Covid-19

Kenapa 2 surat berbeza JPPM berkait pemilihan parti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker