Pak Belang ditangkap di Felda Kerteh 4

Pak Belang ditangkap di Felda Kerteh 4

DUNGUN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menangkap seekor Harimau Malaya jantan, di ladang sawit Felda Kerteh 4 di sini hari ini.

Ketua Pengarah Perhilitan Semenanjung Malaysia Abdul Kadir Abu Hashim berkata harimau yang dianggarkan berusia setahun setengah itu, ditemui di dalam perangkap yang dipasang Perhilitan di sekitar ladang sawit tersebut sejak 10 hari lepas.



“Kita pasang sembilan perangkap semuanya menggunakan kambing sebagai umpan. Kita percaya harimau ini adalah dari kumpulan harimau sama yang dikesan melalui kamera kira-kira dua bulan lepas.

“Setakat ini, pemeriksaan mendapati harimau seberat 70kg itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Haiwan itu sihat dan akan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai, Perak untuk pemantauan lanjut,” katanya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi menyelamatkan haiwan tersebut di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Perhilitan Terengganu Dr Abdul Malek Mohd Yusof.

Masalah serangan harimau liar yang dihadapi penternak di tanah rancangan semakin kerap berlaku sejak akhir 2019 dan pelbagai usaha telah dilakukan Perhilitan untuk menangkap haiwan pemangsa itu.

Setakat ini, sebanyak 240 ekor ternakan milik 309 peneroka di Felda Kertih 4 telah menjadi mangsa harimau yang dipercayai keluar dari Hutan Simpan Rasau, mengakibat kerugian ratusan ribu ringgit.

Penduduk turut bimbang keselamatan keluarga mereka kerana haiwan itu sering ditemui berkeliaran di kawasan ladang.



Pada Februari lepas, Perhilitan Terengganu dengan kerjasama NWRC, berjaya menyelamatkan seekor harimau jantan di Felda Kerteh 2 yang cedera dipercayai ditembak pemburu haram.

Namun, harimau jantan itu mati selepas menerima rawatan di Hospital Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) akibat komplikasi saraf, kegagalan sistem perkumuhan dan jangkitan kuman pada luka di kaki belakang. FMT

Pak Belang ditangkap di Felda Kerteh 4

Kenapa 2 surat berbeza JPPM berkait pemilihan parti



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker