Banjir atas padang, pengadil paksa main bola

Banjir atas padang, pengadil paksa main bola

Ordinan Darurat Belum Batal, COVID-19 Gagal Dikawal Tapi UMNO Dipaksa Adakan Pemilihan – Shabery

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mempersoalkan berkaitan arahan untuk pemilihan UMNO diadakan juga di seluruh negara biarpun keadaan COVID-19 masih menular.



Dalam hal ini beliau mengambil analogi dengan kiasan dahulu ada cerita pengadil hentikan permainan sebab hujan turun renyai-renyai dengan mengaitkannya kepada situasi apabila Parlimen dihentikan walaupun agenda belum tamat atas alasan COVID.

“Sekarang pengadil paksa bermain semula walaupun air di padang dah naik paras pinggang. Ini arahan pemilihan UMNO diadakan juga seluruh negara.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




“Dia orang tahu, pemilihan bukan sekadar untuk pucuk pimpinan tertinggi. Juga di 20,000 cawangan, 191 bahagian dan sayap-sayap. Tak boleh sekadar cukup korum, kat kampung mana main online. Mesti dalam dewan atau rumah. Aturannya kena doa, ucapan, bentang laporan, bahas, baru ngundi.

“Agaknya polis kena bersedia kalau pak cik, mak cik langgar SOP, bawak anak, makan laksa, entah ada derian. Ordinan Darurat belum batal. Kompoun tetap 10 ribu sorang.”

Soalnya lagi, dah gagal kawal COVID, hospital sesak, ICU tak cukup, sekarang berapa kontena pegawai nak hantar ke seluruh negara kalau kematian terus meningkat?

Beliau berkata demikian menerusi laman facebooknya sebagai respon berkaitan situasi semasa.



Terdahulu dilaporkan, semalam Jabatan Pendaftar Pertubuhan memutuskan bahawa keputusan UMNO untuk menangguhkan pemilihan partinya sehingga 18 bulan tidak sah dan perlu menetapkan tarikh baru untuk pemilihan diadakan.

Dalam surat kepada Setiausaha Agung UMNO, Ketua Pengarah JPPM, Jasri Kasim berkata, tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018-2021 tamat pada 30 Jun 2021.

Mengikut kronologi, pada 18 Jun, keputusan 52 drpd 56 Ahli MKT UMNO secara resolusi edaran telah bersetuju menangguhkan pemilihan berdasarkan tidak boleh dan tidak pernah diadakan pemilihan secara maya dan pada 24 Jun surat SUA UMNO kepada JPPM memaklumkan keputusan MKT UMNO itu dan dijawab pada 19 Julai, JPPM telah mengatakan bahawa ia tidak mempunyai masalah dengan penangguhan tersebut.

Walau bagaimanapun, JPPM membuat keputusan sebaliknya semalam. – UMNO Online



Banjir atas padang, pengadil paksa main bola

Kenapa 2 surat berbeza JPPM berkait pemilihan parti



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker